WALAUPUN SUDAH BERDAMAI DENGAN ANWAR, MAHATHIR TETAP MENGAKUI PERLAKUAN SEKS DI LUAR TABIE ANWAR!


Sesi dialog town hall bersama anak muda yang diadakan di Petaling Jaya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad merungkai banyak persoalan mengenai perlakuan jijik Anwar Ibrahim. Walaupun kedua-dua Tun Dr Mahathir dan Anwar telahpun berdamai pada September tahun lalu. Namun itu, Tun Dr Mahathir masih tetap dengan pendiriannya bahawa Anwar terlibat dengan salah laku seks walaupun tidak mempercayainya dahulu.

Di antara soalan sensitif yang ditanyakan kepada Tun Dr Mahathir ketika sesi dialog town hall bersama anak muda di Petaling Jaya ialah jika beliau masih berpegang dengan dakwaan beliau bahawa ketua umum Pakatan Harapan Anwar Ibrahim telah 'melancapkan lelaki lain' yang jelas tidak dijawabnya tapi semasa sidang akhbar, Tun Dr Mahathir telah mengakui perlakuan jijik Anwar.

Bagi mendapatkan kepastian mengenai perlakuan jijik Anwar, menurut Tun Dr Mahathir, beliau telah mewawancara orang-orang yang terlibat dan mereka bersetuju bahawa perkara itu berlaku. Tun Dr Mahathir pada September 1998 berkata pihak berkaitan dalam hal itu telah datang memberitahu beliau apa yang terjadi di antara Anwar dan mereka.

Tun Dr Mahathir kemudiannya juga menjelaskan beberapa perlakuan seks di luar tabie yang didakwa dilakukan Anwar. Memberitahu sidang akhbar semasa itu, Mahathir ketika itu berkata seorang lelaki memaklumkan kepada beliau bahawa Anwar bukan sahaja meliwat tetapi 'melancapi' dia. Jesteru setelah mendapat tahu perkara sebenar, Tun Dr Mahathir mengakui bahawa beliau tidak dapat menerima seorang lelaki peliwat menjadi pemimpin negara ini. 

Ketika Tun Dr Mahathir Presiden Parti, beliau dan parti telah memutuskan bahawa Anwar tidak lagi layak berada di dalam parti atau selaku timbalan perdana menteri. Ternyata pendirian dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir ini membuktikan bahawa beliau masih mempercayai Anwar Ibrahim seorang peliwat!

Comments