WAKIL RAKYAT DAP GESA DR MAHATHIR MOHON MAAF ISU BUGIS


Isu penghinaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas masyarakat berketurunan Bugis ketika perhimpunan Kleptokrasi di Petaling Jaya awal bulan Oktober lalu masih lagi belum reda dan kini wakil rakyat dari DAP iaitu Dr Boo Cheng Hau pula mengkritik tindakan Dr Mahathir yang berbaur perkauman. 

Wakil rakyat DAP Dr Boo Cheng Hau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu menggesa Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir agar memohon maaf kepada Sultan Selangor dan Johor berikutan kenyataannya tentang masyarakat Bugis yang telah mencetuskan kontroversi panas di negara ini.

Dalam hal ini Dr Mahathir tidak seharusnya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berasal daripada keturunan 'lanun Bugis' yang baginya tidak sensitif. Penghinaan bernada perkauman itu telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan masyarakat Bugis dan dilihat menggalakkan semangat kepuakan dan perpecahan rakyat Malaysia pelbagai keturunan.

Pakatan Harapan sepatutnya memberi harapan untuk menyatukan rakyat Malaysia pelbagai kaum dengan tidak terikut-ikut dengan retorik perkauman yang akan menganggu gugat perpaduan rakyat Malaysia. DAP juga sendiri patut berpegang teguh terhadap prinsip 'Malaysian Malaysia' iaitu politik yang tidak berasaskan kaum dan menegur Dr Mahathir dalam hal ini. Tapi sebaliknya DAP hanya berdiam diri dan membiarkan kerosakan yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Comments