Kemenangan anak beranak Lim pada pemilihan semula CEC DAP pada kali ini tidak manis buat mereka kerana undi yang mereka perolehi pada kali ini menyusut iaitu 1,356 atau 53.94 peratus berbanding 2,514 orang perwakilan DAP yang layak mengundi dalam pemilihan semula CEC parti itu
Namun, sambutan yang berkurangan itu sebenarnya bukan alasan kerana jika DAP benar-benar telus untuk melaksanakan perjuangan yang termaktub dalam perlembagaan parti kaum Cina itu, sudah tentu semua perwakilan akan hadir kecuali mereka yang telah keluar parti, meninggal dunia, muflis dan mereka yang mengalami keuzuran.
DAP sebenarnya telah kehilangan sokongan kaum Cina dan ahli DAP sendiri kerana ahli di peringkat akar umbi cuba menunjukkan tanda protes dengan tidak mahu menghadirkan diri ke pemilihan tersebut. Mereka tidak lagi menaruh kepercayaan kepada Dinasti Lim dan juga kepada parti itu secara keseluruhannya.
Pad masa yang sama ia membuktikan bahawa sedang wujud krisis dalaman DAP dan krisis ketidakpercayaan dalam parti tersebut ketika ini. Kehadiran sebanyak 53.94 peratus perwakilan memberi isyarat jelas kepimpinan DAP tidak mendapat sokongan dan kemungkinan besar mereka mahu perubahan yang besar di dalam kepimpinan DAP.
Perkara ini berkemungkinan mereka tidak percaya sesama sendiri dan ada juga yang mengatakan bahawa ramai di kalangan kaum Cina mula marah kepada pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang dikatakan rakus dan tidak mahu mendengar teguran dari rakyat yang majoritinya pengundi DAP.
Manakala kemenangan mereka telah dijangka kerana kepimpinan DAP telah memberikan gred kepada setiap bahagian. Dimana bahagian yang mendapat Gred A (pro dinasti LIM) sahaja yang layak untuk hadir ke pemilihan CEC.
Akan tetapi, prestasi dan sokongan kepada DAP dan Pakatan Harapan sebenarnya sudah merosot kerana sejak kebelakangan ini tiada lagi wajah anak-anak muda dalam demonstrasi pembangkang. Di universiti pun, dalam pilihan raya kampus baru baru ini, kumpulan pro pembangkang tumpas teruk di tangan kumpulan pro aspirasi.

Comments
Post a Comment