TUNKU ABDUL AZIZ AKUI DAP PERJUANG EKTRIMIS KAUM DAN AGAMA


Walaupun parti DAP yang diterajui pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang tidak pernah mengaku secara terbuka parti itu merupakan parti perkauman dan rasis, bagaimanapun setiap tindak-tanduk pemimpin parti itu jelas memperjuangkan budaya ekstremis perkauman dan agama.

Meskipun DAP tidak pernah mengaku secara terbuka menentang orang Melayu namun tindak tanduk Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sepanjang berada dalam parti tersebut, beliau dapat melihat sendiri sikap kesemua pemimpin DAP tidak menyenangi orang Melayu. Menurut Tunku Abdul Aziz, lebih keterlaluan apabila mereka turut tidak menghormati Raja-raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.

Kononnya DAP ini satu parti multiracial (berbilang kaum). Tetapi cuba kita tengok, kalau mereka nak berbincang tentang polisi, mereka bersama-sama mereka sahaja. Yang kita ini (Melayu) hanya pelaksana keputusan umum. Kita tengoklah orang Melayu, orang India dalam DAP, semua diketepikan dan tiada ruang untuk bersuara!

Jesteru, kita selalu lihat tindakan berulang kali pemimpin DAP menghina orang Me­layu dan menghasut kaum lain membenci pemimpin negara. Contoh terbaru adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang, Nga Kor Ming mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Superman Hew Kuan Yew yang mengeluarkan kata-kata pedas 'skrew Melayu'! Oleh itu, tidak dinafikan DAP adalah parti yang perjuang ektrimis kaum dan agama.

Comments