TIADA TEMPAT UNTUK PENGANUT ATEISME, TAPI MASIH ADA YANG MAHU MEMPERTAHANKAN GOLONGAN INI



Dr Asyraf Wajdi Dusuki menganggap golongan ateis menyalahi perlembagaan. Walaupun Malaysia bebas beragama tetapi ateisme tiada tempat dari segi peruntukan undang-undang serta Perlembagaan Malaysia.

Malah, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pengikut ateisme boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Ateisme merujuk kepada fahaman yang menolak kewujudan Tuhan.

Manakala kebebasan beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia bukan bermakna kebebasan untuk tidak beragama.

Bagaimanapun, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Perkara 11 menjamin kebebasan beragama termasuk hak untuk tidak mengamalkan apa-apa agama.

Namun, pengecualian dibuat terhadap penganut Islam berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2007 di mana mereka yang ingin menukar agama daripada Islam ke agama lain mesti mendapat kebenaran Mahkamah Syariah.

Beliau seterusnya menyangkal penjelasan yang diberi Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Dewan Parlimen baru-baru ini. Beliau menganggap kenyataan Asyraf di Parlimen itu sebagai pendapat peribadi dan menegaskan kenyataannya Dr Asyraf adalah salah.

Tafsiran undang-undang Bekas Hakim itu sepatutnya ditolak kerana golongan rakyat yang mempunyai ideologi ateisme ini boleh merosakkan akidah umat Islam. Pada masa yang sama mereka juga cuba mempengaruhi penganut agama lain untuk kepentingan kumpulan mereka sahaja.

Hidup di dunia ini jika tiada pegangan agama dan kepercayaan mungkin boleh membawa kepada perlakuan jenayah dan di luar norma kehidupan manusia. Jangan terpengaruh dengan anutan serta ideologi yang songsang seperti ini.

Comments