Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menggunakan strategi perumahan untuk mengubah geopolitik di negeri berkenaan. Perkara ini telah didedahkan oleh Mohd Zairi Said dalam satu tulisan di Penangkini. Ini terbukti apabila di Kg. Terang, Balik Pulau, Mohd Zairi berkata geopolitik pengundi di kawasan itu berubah dengan sekelip mata disebabkan projek perumahan yang diusahakan kerajaan DAP Pulau Pinang.
Projek ini telah siap dan khabarnya lebih dari 90% penerima adalah orang luar. Keadaan ini pastinya akan beri kesan yang sangat mendalam kepada geopolitik di Kg. Terang dan Balik Pulau. Tengok sahajalah tidak ada satu unit rumah mampu milik di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pembangunan yang dilakukan oleh DAP sekarang ini menghalau orang Melayu dengan membina rumah mampu gigit jari yang bernilai tinggi yang hanya bermula dari harga RM400,000 hingga melebihi RM1 juta. Agenda pembangunan sangat pesat ini, satu teknik pengusiran orang Melayu Islam yang masih ada saki baki. Kalau tengok perumahan baru ini, agak sukarlah orang Melayu nak beli. Jadi, apa matlamat buat pembangunan rumah mewah begitu? Seolah-olah macam nak halau komuniti yang sedia ada secara berhormat. Apabila tidak mampu, pergi dari pulau ke sebelah seberang. Penghijrahan berlaku.
Kerajaan DAP cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau komersial seperti mana Singapura dan Hong Kong serta sebagai penempatan untuk orang kaya sahaja. Kalau perkara sebegini tidak dibendung, DAP akan Berjaya menghakis orang Islam dan perkampungan Melayu. Orang Melayu hanya jadi penonton dan mangsa kepada pembangunan ini. Kerajaan DAP cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau komersial.
Kesimpulannya Dap sememangnya zalim dan tak berhati perut. Ambil tanah rakyat untuk bina rumah mewah. Ini namanya haram jadah. Inilah pengajaran dan iktibar buat orang Melayu Pulau Pinang agar tidak lagi memberikan sebarang sokongan dan undian kepada DAP pada Pilihan Raya Umum nanti.

Comments
Post a Comment