SELEPAS NAJIB, ZAHID HAMIDI LAWAT ANWAR YANG KEMALANGAN DI HOSPITAL. DI MANA KALIBAT MAHATHIR?



Baru-baru ini Anwar terlibat dalam kemalangan dan Ketua Umum Pakatan Harapan tersebut perlu menjalani pembedahan di bahunya akibat kemalangan tersebut. Pembedahan tersebut dijalankan dengan jayanya beberapa hari yang lepas.

Pada Hari Jumaat minggu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dalam lawatan itu, Najib ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor manakala isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berada di wad berkenaan.

Pada hari seterusnya, Ketua Umum Pakatan Harapan tersebut dilawat oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad   Zahid bersama isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis. Lawatan tersebut dimuatnaik ke dalam akaun Twitter Zahid. Turut kelihatan dalam foto ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha dan Nurul Ilham.

Lawatan oleh Najib dan Zahid Hamidi sebenarnya adalah sesuatu yang biasa kerana kedua-duanya berjiwa besar walaupun Anwar dan Wan Azizah merupakan antara pemimpin pembangkang.

Sebaliknya, apa yang menariknya, Ketua Umum Pakatan Harapan tersebut tidak dilawat oleh beberapa pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain, terutamanya Pengerusi Pakatan Harapan Mahathir. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa Mahathir sudah tidak larat sebab tua tetapi hakikat tersebut agak aneh memandangkan Mahathir cukup bertenaga ketika mengatakan Bugis adalah lanun bulan lepas. 

Ataupun, mungkin Mahathir tidak melawat Anwar di hospital kerana akan mengingatkannya bahawa Mahathir tidak mempunyai banyak masa lagi walaupun berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Najib

Comments