SARAWAK MAHU NAJIB TERUS KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI


Tidak dapat dinafikan bahawa Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang adil dan saksama. Kerajaan persekutuan di bawah pimpinannya, terus membangunkan Sarawak dengan kerjasama pemimpin-pemimpin Sarawak dan beliau tidak pilih kasih serta berlaku adil dalam memastikan Borneo juga mendapat pembangunan yang sama dengan negeri-negeri di semenanjung.

Kesediaan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk meneliti dan mendengar keluhan rakyat Sarawak membuktikan masa depan rakyat negara ini dan Sarawak di bawah BN adalah cerah. Antaranya pembinaan Lebuhraya tanpa tol Pan Borneo sedang berjalan rancak, pusat transformasi luar bandar (RTC), pembinaan hospital, kemudahan kesihatan dan banyak lagi.

Sarawak sememangnya mahu Dato' Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri kerana beliau mempunyai amanah dalam melaksanakan tanggungjawab dan sentiasa mendengar masalah rakyat. Perkara ini turut diakui Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg. Ia terbukti apabila perdana menteri menangani permohonan Sarawak berkaitan tuntutan terhadap hak-hak negeri itu yang terhakis sejak pembentukan Malaysia.

Di samping itu juga, Najib juga telah berjanji untuk mengembalikan hak-hak berkenaan kepada Sarawak sekiranya ia benar-benar terbukti dan termaktub dalam perjanjian pembentukan Malaysia dahulu. Oleh itu rakyat Sarawak mesti berjuang bersungguh-sungguh untuk menentukan Dato' Sri Najib terus menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu, Abang Johari mengajak rakyat Sarawak terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menuntut semula hak-hak Sarawak dan berterima kasih kepada Perdana Menteri.

Comments