S. ARUTCHELVAN LABEL DR MAHATHIR SEBAGAI PEMIMPIN KUKU BESI SEPERTI MUGABE


Pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan membuat perbandingan pemimpin paling lama memerintah Zimbabwe itu dengan perdana menteri paling lama mentadbir negara, Tun Dr Mahathir Mohamad. Arutchelvan menyifatkan Mugabe dan Mahathir sebagai 'kawan baik' dan kedua-duanya juga adalah pemimpin pemerintah secara kuku besi.

Arutchelvan juga berkata kedua-dua mereka ini berjaya dalam pilihan raya kerana penipuan. Di samping itu, kedua-duanya terkenal menggunakan kuasa dan menjadi lebih kuku besi semasa memerintah di mana Mahathir mentadbir negara sejak 1981 hingga 2003, manakala Mugabe menjadi perdana menteri Zimbabwe pada 1980-1987, dan presiden pada 1987-2017.

Berbeza dengan Mugabe, walaupun Mahathir berundur daripada jawatan perdana menteri secara sukarela pada 2003, namun itu tidak bermakna Mahathir berundur daripada politik. Mahathir adalah seorang pemimpin yang masih dahagakan kuasa dan pengaruh jesteru itu beliau kini kembali berpolitik demi untuk memperjuangkan agenda peribadinya dan bukan untuk rakyat dengan menggunakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia serta mengetuai Pakatan Harapan. Mahukah kita melihat negara ini diperintah oleh pemimpin kuku besi lagi? Tepuk dada tanya selera!

Comments