Beberapa orang ahli PEMUDA dari Parti Gerakan Pulau Pinang yang cintakan alam sekitar hadir ke Dewan Undangan Negeri mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang memberhentikan projek perumahan dan pembanguna di lereng-lereng bukit sekitar pulau tersebut.
Mereka yang hadir dan duduk bersila selama 30 minit di hadapan pagar itu mahu mahukan semua ADUN menyokong usul yang bakal dibawa oleh ADUN BN bagi meminta kerajaan negeri menghentikan semua projek pembangunan di lereng bukit.
Jika dilihat misi untuk meluluskan usul tersebut adalah bukan bermotifkan politik, namun ia lebih kepada tanggungjawab ADUN dan mereka yang mewakili rakyat sebulat suara mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar.
Disamping itu, aktiviti penerokaan, penebangan pokok balak, perataan tanah di semua lereng-lereng bukit di sekitar Pulau Pinang dapat dikawal dari terus dijual dan ratah oleh Ketua Menteri dan barisan Exconya yang tamak dan rakus.
Ini terbukti apabila berlaku banjir besar dan ribut kuat yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini mengorbankan 7 nyawa dan kerosakan harta benda yang banyak. Warna air banjir juga membuktikan kesan penerokaan lereng bukit menjadikan air yang sepatutnya jernih dan kehitam-hitaman menjadi kuning pekat seperti air teh tarik.
Insiden yang meragut nyawa 11 orang pekerja di Tanjung Bungah dan pelancong yang terperangkap di Bukit Bendera kerana terkandas disebabkan tanah runtuh juga perlu diambil iktibar dan pengajaran.
Jika sikap dan dasar Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak berubah dan terus rakus untuk mengaut keuntungan, tidak mustahil ramai lagi nyawa yang bakal terkorban. Pada masa yang sama mungkin lebih banyak insiden tanah runtuh, banjir kilat dan sebagainya bakal berulang sekiranya langkah drastik untuk menghentikan atau tidak meluluskan lagi pembinaan di lereng-lereng bukit diambil.
Tapi apa yang kita sedih selepas tragedi tersebut, Lim Guan Eng dengan angkuhnya menuduh Kerajaan Pusat tidak memberi bantuan kepada kerajaan Pulau Pinang dan kepada mangsa banjir. Namun hakikatnya kerajaan pusat telah memberi bantuan kepada kerajaan negeri dan mangsa secara berperingkat hingga ke hari ini dengan membawa bantuan menaiki treler untuk dihantar ke sana.
LIM GUAN ENG buta agaknya.. tak pun dia sengaja buat-buat tak nampak !!!

Comments
Post a Comment