Presiden PAS dalam kenyataan menegaskan partinya tidak boleh bersama pakatan harapan kerana didalamnya ada pemimpin penyangak.
Siapakah penyangak itu?
Siapakah penyangak yang dimaksudkan?
Hj Hadi menujukan dakwaannya itu kepada beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan yang selama ini telah dibelenggu dengan skandal rasuah, pecah amanah dan banyak lagi gejala yang tidak sihat membelenggu diri mereka.
Walau bagaimanapun pemimpin yang dimaksudkannya seolah-olah maksum iaitu tidak mengaku dengan perbuatannya itu. Tapi apabila bersama Pakatan Harapan pemimpin berkenaan akan menjadi pendakwa atau ingin menjadi peguam kepada mangsa kezaliman pada masa ini.
Pemimpin tersebut tidak sedar pada zaman pemerintahannya juga sudah terpalit dengan beberapa skandal yang berlarutan hingga kini. Walaupun sudah diambil tindakan dan telah diadili di mahkamah dan sebagainya, namun ramai penyokong dan saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak mahu menjawab dengan jujur dengan tidak mengikut lunas undang-undang syariah Islam.
Hj Hadi memutuskan untuk tidak bersama PH ataupun kerajaan kerana yang tertuduh masih belum bebas sepenuhnya dari sebarang tuduhan. Namun memberi gambaran boleh menasihati kerajaan yang sedia ada sebagai satu tanggungjawab kepada umat Islam dan rakyat pada keseluruhannya.
PAS sentiasa memandang serius kepada mereka yang sentiasa berjuang menegakkan Islam dan membela nasib rakyat dengan ikhlas. Namun sesekali tidak akan bekerjasama dengan golongan yang memusuhi Islam.
Terima kasih Hj Hadi kerana berpendirian tegas !!!

Comments
Post a Comment