PPBM REBAH SEBELUM PILIHAN RAYA, RAKYAT SEMAKIN JAUH HATI DENGAN PPBM



Bekas Perdana Menteri, Mahathir dilihat gagal sama sekali menerajui parti PPBM apabila baru-baru ini ahli Parti Bunga di Batu Gajah telah mengumumkan keluar parti, menyebabkan bahagian berkenaan dibubarkan. Ini membuktikan siri keluar parti dan mengikut jejak bekas-bekas ahli parti itu yang mengambil tindakan sama iaitu termasuklah bekas pengasasnya yang juga bekas Setiausaha Kerja Parti, Kamarul Azman Habibur Rahman, Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman dan Anina Saadudin. Mana tidaknya ahli-ahli berkenaan bertindak sedemikian kerana parti itu ditubuhkan tanpa mempunyai sebarang budaya apabila ditubuhkan. 

Oleh itu sebarang budaya yang timbul adalah berpunca daripada ahli-ahli PPBM itu sendiri. Sekiranya ahli-ahli PPBM terbiasa mengamalkan kronisme dan mempunyai niat untuk mengamalkan kronisme di dalam PPBM, sama ada mereka berasal daripada UMNO, PAS, DAP, PKR atau AMANAH sudah pasti mereka akan menjadikan kronisme sebagai budaya dalam parti berkenaan.
Yang pasti PPBM tidak mempunyai sebarang halatuju dan matlamat perjuangan yang jelas. 

Kebanyakan pemimpin yang berada dalam PPBM hanya mempunyai matlamat dan misi utama iaitu mereka mahu menumbang dan menumpaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun begitu bukanlah satu matlamat yang sesuai dan utama untuk menyatupadukan ahli-ahli dalam parti PPBM. Dan tanpa matlamat dan misi yang jelas, ahli-ahli dalam parti PPBM lebih cenderung untuk memikirkan lain-lain perkara antaranya mereka mahukan jawatan,  kuasa dan kedudukan di dalam parti. 

Ahli-ahli dan pemimpin dalam PPBM juga tidak berpuas hati dengan Muhyiddin Yassin yang dikatakan tidak tahu membuat kerja, tidak mempunyai sebarang kewibawaan, tidak berkaliber dan tidak mempunyai karisma untuk menjadi Ketua. Muhyiddin juga tidak mampu membuat sebarang keputusan sendiri hanya mengikut arahan daripada Mahathir sedangkan dalam sesebuah parti itu perlulah mengamalkan demokrasi dan sebaran keputusan perlulah mendapat suara majoriti semua ahli dan majlis. Dengan sikap Muhyiddin ini besar kemungkinan parti PPBM akan rebah dan bungkus sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang. 

Sikap pemimpin PPBM yang bekerja hanya semata-mata untuk kedudukan dan melayan kumpulan yang bekerja keras dengan layanan kelas kedua, kita dapat bayangkan parti PPBM akan karam sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. Terlalu banyak kelemahan dan kebocoran yang masih belum diperbaiki pemimpin PPBM menyebabkan parti itu akan gagal memegang kerusi pada pilihan raya kelak. 

Realitinya PPBM pasti akan rebah dan terkubur sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. Rakyat sudah semakin jauh hati dengan kepimpinan  dan kewibawaan parti itu. Kita pastikan PPBM rebah dan berkubur menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Comments