PPBM PERAK KETANDUSAN PEMIMPIN, BAHAGIAN BATU GAJAH TERPAKSA DIBUBAR



Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Gajah, Mohd. Shirin Adenan dan 18 ahli jawatankuasanya mengumumkan keluar parti hari ini sekali gus menyebabkan bahagian itu dibubarkan.

Keputusan itu dibuat kera­na mereka tidak berpuas hati de­ngan pelantikan Faizal Azumu se­bagai Pengerusi PPBM Perak menggantikan Datuk Hamidah Osman. Beliau dan ahli PPBM yang lain tidak yakin terhadap kemampuan Faizal untuk menerajui PPBM Perak.

Selepas Hamidah di­sing­kirkan daripada menerajui PP­BM Perak, semangat ahli sema­kin luntur kerana tiada lagi pemimpin yang berupaya mengatur strategi sehingga pemimpin dan ahli akar umbi semakin terpinggir.

Faizal Azumu adalah orang Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan ketiadaan pengalaman untuk menerajui sebuah parti baharu. Selain itu, hubungannya yang sangat terbatas membuatkan PPBM Perak seperti anak ayam kehilangan ibu.

Ahli-ahli turut dikejutkan dengan isu status Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) sebagai sayap parti yang tidak diendahkan oleh pucuk kepemimpinan. Isu Armada boleh me­nyebabkan PPBM dikenakan tindakan yang tegas sehingga Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) boleh membatalkan pendaftaran parti.

Comments