PPBM PERAK BERGOLAK KERANA MUKHRIZ MASUK CAMPUR DENGAN MELANTIK FAIZAL AZUMU SEBAGAI KETUA PPBM PERAK



Akibat tamakkan kuasa dan mahu menguasai Perak, percaturan Mukhriz dengan melantik Faizal Azumu sebagai Ketua PPBM Perak dikecam oleh penyokongnya.

Selepas ketiadaan Hamidah Osman yang meletakkan jawatan sebagai Ketua PPBM Perak pada Julai lalu, kini ahli PPBM dihidangkan dengan kerenah kepimpinan tertinggi dengan melantik kroninya iaitu anak Dato Azumu iaitu Faizal sebagai pengganti.

Melihat komen dari para ahlinya, PPBM Perak sebenarnya tidak suka dengan pendekatan yang dilakukan oleh Faizal yang tidak mesra dan juga sukar untuk didekati kerana kononnya sibuk dengan tugasnya sebagai businessman di Kuala Lumpur.

Tidak hairan jika ada bahagian-bahagian PPBM mahu tutup dan bubar kerana mereka sudah lama tidak puashati dengan cara Muhyiddin Yassin dan Mukhriz mengurus PPBM. Mereka berdua juga suka campur tangan untuk mengenepikan segala keputusan dan pilihan akar umbi. 

Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Meng yang sebenarnya menguasai PH di Perak pun sudah hilang sabar dengan pergolakan dalaman yang berlaku ke atas PPBM ini. Dikhabarkan Faizal diminta untuk menyelesaikan masalah dalaman PPBM sebelum bergiat aktif dengan PH.

PAN hanya tunggu peluang untuk melobi kerusi pada PRU akan datang sekiranya parti alternatif untuk orang Melayu seperti PPBM gagal untuk menyelesaikan masalah dalaman mereka menjelang pilihanraya tersebut.

Comments