PPBM PARTI YANG PALING BANYAK MASALAH


Penubuhan PPBM dicadangkan oleh bukan Melayu iaitu DAP dan NGO Bukan Melayu dalam satu mesyuarat di Putrajaya.

Ini berikutan kegagalan PAN untuk mendapatkan undi Melayu dan Islam daripada Pas dan UMNO dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Sekarang Tun M dan PPBM memikul amanah untuk merealisasikan cadangan bukan Melayu tersebut untuk memecah belahkan Umno dan Melayu.

PPBM jika anda perasan mereka mempunyai ada dua orang nakhoda dalam satu masa sehinggakan anggota dan ahli bawahan sukar melaksanakan arahan yang diterima.

Kepimpinan tertinggi juga terkeliru kerana tidak tahu siapa sebenarnya yang berkuasa kerana kedua-dua mereka sudah tua. Kalau mahu diharapkan orang muda dalam PPBM mereka semua tiada pengalaman dan tiada karisma langsung terutamanya Mukhriz.

Anak Tun M si Mukhriz tu pun bila dapat jawatan MB Kedah pun tidak kekal lama. Dalam Umno dia kalah bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dan Naib Presiden UMNO.

Jika mahu diharap pada Ketua Armada yang tidak pernah mengurus parti walaupun di peringkat cawangan. Tiba-tiba Tun M angkat Syed Saddiq jadi Ketua Armada dan dibawa ke peringkat nasional. Tapi malangnya hanya ada sijil debat je la kerja tak pandai.

Syed Saddiq yang terlalu mentah itu menyokong pula fahaman liberalisme, iaitu sokong pemberian kondom supaya tak mengandung. Bukan mahu dicegahnya maksiat yang berleluasa di Selangor tu.

Tahniah la kepada sesiapa yang menjadi petualang parti dan kaum Melayu. Mahathir pernah kata dalam ucapannya bahawa dia tidak percaya ketuanan Melayu. Tapi sekarang parti yang diciptanya bakal karam dan tunggu sahaja mahu ditalkinkan sebagaimana kata Muhyiddin.

Comments