Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sebuah parti yang senantiasa penuh dengan kontroversi-kontroversi panas dan dilanda masalah dalaman yang diwujudkan oleh parti dan ahlinya sendiri. Baru-baru ini, pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), sayap Pemuda PPBM itu menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran PPBM atas dakwaan menipu mereka untuk mempercayai bahawa sayap itu entiti yang sah.
Berdasarkan kepada kenyataan wakil Armada Lanchang Airul Amir Amirudin, sayap itu pada hakikatnya tidak wujud dalam perlembagaan parti. Dalam hal ini, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sepatutnya meletak jawatan ekoran kegagalannya menangani isu status pendaftaran Armada sebagai sayap PPBM.
Selain itu, ramai di kalangan pemimpin muda sayap Armada mempertikai kepimpinan ketua mereka. Di antaranya Mohd Izaid Mohd Nor yang sangat kecewa dengan tindakan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Syed Saddiq kerana gagal menyelesaikan isu Armada dan isu lain yang berbangkit dalam parti. Pada 20 Okt lalu, bekas Exco Armada Mohamad Taufik Abas mendakwa semakan di ROS mengesahkan Armada langsung tidak wujud dalam perlembangaan PPBM kerana hanya menyatakan penubuhan sayap Pemuda, Wanita dan Srikandi.
Di samping itu, bukan sahaja parti ini berdepan dengan masalah sayap Armada. Parti ini juga dikecam kerana gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya sebagaimana dikehendaki oleh Pendafrar Pertubuhan (RoS). Alasan yang diberikan untuk menjawab permasalahan itu adalah disebabkan peringkat cawangan dan bahagian parti itu masih belum mengadakan mesyuarat masing-masing dan atas alasan itu lah ianya mustahil bagi mereka hendak menghantar perwakilan ke AGM parti.
Pendek kata, jika peringkat cawangan dan bahagian masih gagal mengadakan mesyuarat di peringkat bawahan jelas sekali perkara ini menandakan bahawa parti PPBM adalah sebuah parti yang masih lagi tidak stabil dan tidak utuh. Kemelut-kemelut yang berlaku di peringkat cawangan dan bahagian serta pembubaran cawangan dan bahagian adalah bukti parti ini sedang dilanda masalah. Baru-baru ini lapan bahagian PPBM di Johor membuat aduan bahawa kepimpinan tertinggi gagal mematuhi perlembagaan parti itu temasuk kegagalan semua cawangan dan bahagian mengadakan mesyuarat selepas ditubuhkan setahun lalu kepada RoS. Jelas parti PPBM adalah sebuah parti yang indah khabar dari rupa!

Comments
Post a Comment