DAP
Legasi politik 'keluarga' DAP diterajui Ketua Parlimennya, Lim Kit Siang yang tidak memberi ruang ahli parti itu untuk menyuarakan pendapat, didakwa menjadi antara punca kehadiran perwakilan DAP merosot ketika pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baru-baru ini.
Kerakusan pemerintahan DAP di Pulau Pinang dan percubaan mereka untuk menguasai corak pemerintahan PKR di Selangor amat jijik dan perlu dikecam kerana banyak membawa kerugian kepada rakyat dan seluruh kaum di kedua-dua negeri itu.
PPBM
Parti ciptaan Mahathir ini tidak mampu bertahan lebih lama sekiranya para pemimpinnya masih meletakkan kepentingan peribadi lebih tinggi berbanding perjuangan untuk rakyat dan negara.
Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, beliau tidak nampak PPBM akan berjaya kerana parti itu gagal mengatasi unsur-unsur negatif yang membelenggu dan merosakkan parti itu dari dalam.
PKR
Anwar Ibrahim dan Wan Azizah tidak pernah menghargai sokongan diberikan pengundi sebaliknya mengutamakan kepentingan keluarga daripada memperjuangkan nasib pengundi.
Ada golongan muda yang mengaku mereka pernah menjadi penyokong kuat PKR suatu ketika dahulu, telah beralih arah kepada Umno kerana bosan dengan politik keluarga Anwar.
Malah Nurul Izzah tidak jauh corak politiknya daripada Anwar, secara saintifiknya Nurul Izzah ikut jejak langkah bapanya dengan selalu mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap kerajaan dan pemimpin. Tiada pencapaian yang membanggakan dan tiada apa isu besar sehingga boleh menyentuh hati rakyat di bawah Parlimennya.
Pembangkang sebenarnya tiada kerja dan mereka hanya tahu membangkang. Sebab itu bila dikemukakan masalah rakyat, mereka akan menuding jari pada pihak lain.
Apa yang mereka tahu bila di dalam keadaan susah minta simpati dan minta derma. Kemudian bila dah keluar dari keadaan kesempitan mereka akan lakukan perkara yang sama dengan memaki hamun serta menyalahkan kerajaan dan pihak lain.
Mereka tidak peduli dengan hasil yang bakal diterima rakyat samada baik ataupun buruk. Apa yang penting bagi mereka segala perkara jahat yang mereka ingin lakukan akan terlaksana dengan amalan politik sempit.
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA !~!

Comments
Post a Comment