PERGI RUMAH URUT DAPAT KONDOM PERCUMA! HANYA DI SELANGOR



Kerajaan Negeri Selangor cuba menafikan dakwaan bahawa mereka akan memberi kondom percuma bagi mencegah penyebaran virus HIV dan AIDS di kalangan anak muda di negeri ini. Isu ini mulai tular di media sosial dan mendapat respon negatif daripada netizen-netizen. Walaupun Kerajaan Negeri cuba menafikan perkara ini tetapi Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh menafikan bahawa pusat-pusat maksiat di Selangor khususnya pusat-pusat urut semakin bercambah di Selangor. Ini kerana bilangan pusat urut di Selangor semakin bertambah dari masa ke semasa khususnya di pusat-pusat bandar di negeri Selangor. 

Persoalannya, siapa yang memberi kelulusan kepada kegiatan pusat-pusat urut ini? Anda sudah tentu tahu jawapannya. Jawapannya semestinya kelulusan pusat urut ini diberi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah pemantauan Kerajaan Negeri Selangor yang juga diurus seorang Exco di bawah portfolio Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru yang diurus oleh YB Ean Yong Hian Wah!

Melalui program Peduli Sihat yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dalam bajet 2018 negeri itu, salah satu cadangannya adalah dengan memberikan kondom percuma di bawah skim Bantuan Bekalan Kondom 1 Selangor (BBK1S). Tidak mustahil dengan bercambahnya pusat-pusat urut di Selangor, maka Kerajaan Negeri terpaksa mengambil inisiatif dan langkah berjaga-jaga untuk membekalkan kondom percuma kepada pusat-pusat urut di Selangor secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Namun yang demikian, difahamkan ramai netizen yang mengkritik cadangan tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan Azmin Ali itu hanya menggalakkan kegiatan dan pusat maksiat di negeri Selangor. Benar atau tidak pemberian kondom percuma di rumah urut di Selangor bukannya isu sebenar di sini tapi percambahan pesat pusat-pusat urut di negeri Selangor adalah perkara yang perlu diberi perhatian Kerajaan Negeri! Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor untuk membanterasnya?

Comments