PERGERAKAN IDEOLOGI ATEISME DI MALAYSIA PERLU DIPANTAU DAN DIAMBIL TINDAKAN



Jika benar Ateisme ini mengancam keselamatan diharap pihak berkuasa seperti PDRM dan Jakim mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka yang terlibat.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini telah memberikan amaran agar kumpulan penganut yang tiada agama ini dipantau.

Ini kerana ideologi Ateisme mereka mahu dikembangkang dan didakwah melalui jalan mudah iaitu media sosial seperti facebook.

Namun kekangan yang wujud antara pengurusan facebook, mereka tidak punyai kuasa untuk menyekat pemilik akaun facebook tersebut kerana tiada dalam polisi mereka untuk menyekat fahaman agama dan sebagainya.

Ateisme juga tidak termaktub dalam Perlembagan Malaysia dan mereka tidak terlindung di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia. Jika mereka terus berdegil menyebarkan ideologi mereka, hukuman di bawah Akta Hasutan akan dikenakan.

Comments