PENTINGKAN PARTI LAIN! ADUN PAS KELUAR PARTI SERTAI PPBM KERANA PAS TIDAK MAHU SERTAI PAKATAN HARAPAN


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, mengesahkan penyertaannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sekali gus meninggalkan PAS, yang disertainya sejak 1999 atas sebab PAS tidak mahu menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan!

Keputusannya untuk menyertai PPBM yang juga satu komponen pakatan pembangkang berikutan mendapat mesej daripada kepimpinan tertinggi PAS negeri bahawa mustahil bagi parti itu untuk bersama-sama dengan pakatan terbabit.

Oleh kerana Amiruddin mendapat maklum balas bahawa hampir mustahil untuk PAS berada dalam Pakatan Harapan maka beliau membuat keputusan untuk bersama PPBM. Bekas ADUN PAS itu mengesahkan penyertaannya selepas menyerahkan borang keahlian parti kepada Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ahad lalu.

Penghijrahan Amiruddin itu sekali gus mengesahkan khabar angin mengenai kecenderungan beliau yang dikatakan tidak lagi bersama PAS, terutama selepas memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kuala Kedah pada Mei 2016.

Amiruddin sebelum ini dilabel antara wakil rakyat PAS yang dilihat cenderung ke arah menyertai pakatan pembangkang. Amiruddin 55 tahun, menyertai PAS pada 1999 akhirnya memilih untuk menolak PAS demi parti PPBM. PPBM menjadi pilihan mungkin atas sebab beliau mahu mengelakkan diri dicemuh parti PAS kerana andai kata beliau memilih Amanah sudah tentu tekanannya lebih hebat lagi.

Ternyata keputusan bekas ADUN PAS ini yang sanggup meninggalkan parti PAS demi parti Pakatan Harapan memperlihatkan sikap sebenar pemimpin itu yang sanggup membelakangi partinya. Baginya karier di PAS sudah dititik noktah dan perjuangan PAS sudah tidak lagi relevan!


Comments