PEMIMPIN PAS TEMPELAK TINDAKAN TUN MAHATHIR KAIT MASYARAKAT BUGIS SEBAGAI LANUN!


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengaitkan keturunan Bugis sebagai lanun ketika berucap pada perhimpunan haram Pakatan Harapan pada awal bulan Oktober lalu.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan, kenyataan Dr. Mahathir itu menunjukkan bekas Perdana Menteri itu terikut-ikut menggunakan istilah yang dipopularkan oleh orientalis Barat terhadap orang Islam yang menentang penjajah. Ini kerana pada masa dulu pihak orientalis Barat menggunakan istilah lanun bagi puak-puak yang menentang penjajah. Kini Dr Mahathir menggunakan istilah yang sama diguna pakai orientalis Barat untuk mengambarkan pemimpin negara.

Selain itu, Negarawan ini juga yang pernah menuduh PAS lebih bahaya daripada komunis itu juga disifatkan sebagai mudah lupa dengan kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini. Malangnya masih terdapat kalangan penganut Islam ter­ikut-ikut menggunakan istilah lanun yang dipopularkan oleh orientalis terhadap bangsa Islam yang menentang penjajah, termasuk kenyataan mereka menyebut bahawa PAS yang menegakkan Islam lebih bahaya daripada komunis. Hanya Melayu yang mudah lupa sahaja yang melupai kenyataan ini dan orang itu adalah Tun Mahathir!

Comments