PAS RAI KEMENANGAN WISMA TOK GURU & MENYERU RAKYAT AGAR MENOLAK AMANAH PRU-14!


Lebih kurang 3,000 penyokong PAS menyertai Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat Perdana di pekarangan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor malam tadi bagi meraikan kejayaan PAS mendapatkan kembali tanah berkenaan sebelum mereka bersama menunaikan solat Margrib, Isyak dan hajat yang diimamkan oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama dalam himpunan tersebut adalah pucuk pimpinan tertinggi PAS Pusat dan Negeri antaranya Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mohd Nassuruddin Daud. Lebih meriah apabila, bendera besar PAS turut dinaikkan sebagai simbolik lokasi yang digunakan oleh Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa dan menjadi pertikaian antara kedua-dua parti tersebut sejak lebih dua tahun lalu kembali menjadi milik PAS.

Nik Razi selepas mengimamkan solat tersebut juga menyeru agar seluruh rakyat negeri Kelantan agar menolak parti Amanah pada PRU-14. Amanah adalah anak murid Tok Guru derhaka jesteru jangan bagi undi kepada Amanah. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi yang dikemukakan Husam terhadap pemilik baharu tanah di Wisma Tok Guru memberi tamparan hebat kepada parti Amanah. Kemenangan ini memberi semangat buat PAS untuk menumbangkan musuh mereka Amanah dan DAP pada PRU-14.


Comments