PARTI PAN BAWA MALANG BUAT HUSAM MUSA



Pada hujung minggu yang lalu heboh mengenai penahanan anak Husam Musa yang dikenali sebagai Ahmad Syafi yang ditahan kerana memiliki 200 biji pil kuda di dalam jagaannya.

Walau bagaimanapun, Husam Musa dikatakan tidak tahu menahu dengan tangkapan yang dilakukan oleh PDRM dan hanya dimaklumkan oleh rakannya melalui aplikasi whatsapp yang dipetik dari Malaysiakini.

Husam Musa yang begitu lantang menuduh para pemimpin Umno dan PAS dalam setiap ceramah yang dihadirinya kini ditimpa bala dan musibah berganda.

Sebelum itu, pihak Mahkamah Tinggi telah menolak injunksi Husam Musa terhadap pemilik tanah menempatkan bangunan Wisma Tok Guru, Salor. Injunksi itu ditolak dengan kos RM7,000 yang perlu ditanggung Husam selaku plaintif.Husam Musa

Penyokong PAS bersujud syukur atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut kerana mereka yakin bahawa Husam Musa dan parti PAN telah menceroboh dan merompak Wisma Tok Guru tersebut yang dikatakan pemilik tanah telah menyerahkan kuasa tanah berkenaan kepada dirinya.

Kini anaknya pula yang perlu dihadap dalam usaha untuk membebaskannya serta bagi memastikan anaknya itu tidak ke penjara atau ke tali gantung. Dikhabarkan peguam anak Husam memberi alasan bahawa pil yang dibawa oleh anak guamnya merupakan pil hormon untuk kuda peliharaan yang sedang diusahakan bapanya.

Nasi sudah menjadi bubur dan kita tunggu sahaja hasil keputusan siasatan dan hasil keputusan pihak mahkamah. PAN memang pembawa malang buat Husam Musa. Adakah ini balasan bagi orang yang mengkhianati perjuangan PAS?

Comments