PAKATAN HARAPAN MAKIN AGRESIF & BERANI RAMPAS PEMIMPIN PAS


PAS perlu berhati-hati dengan berkemungkin ada kumpulan pro Pakatan Harapan yang aktif dalam PAS dan menunggu masa untuk mengambil alih PAS dari dalam.

Apa yang berlaku kepada PAS kini ialah terlalu ramai wakil rakyat dari kalangan mereka yang tidak berjati diri perjuangan asas PAS. Mereka yang pernah bersama PAS hanya mahu menang dan menikmati hasil PAS tanpa dihargai peranan parti pada mereka.

Baru-baru ini Bekas ADUN Anak Bukit, Amiruddin Hamzah memilih untuk keluar parti dan menyertai PPBM. Persoalan yang timbul adakah tindakan Amiruddin ini sudah memasuki fasa bahawa PAS Kedah sudah mula memprotes Haji Hadi dan kepimpinan sedia ada secara terang? Atau ada faktor lain yang mendorong Amiruddin untuk keluar parti atas desakan seseorang dari parti Pakatan harapan?

PAS kini diambang perang ke atas 'neo kolonialisme' atau penjajahan bentuk baharu yang seolah diasak bekas rakan pembangkang mereka iaitu Pakatan Harapan. DAP, Amanah dan PPBM dilihat semakin agresif menyerang PAS bagi melemahkan parti itu.

Penerimaan PPBM terhadap Amiruddin juga jelas menunjukkan rasa tidak hormat parti itu dan Pakatan Harapan ke atas PAS. Mungkin Pakatan Harapan menganggap PAS sebagai parti 'lembik' dan dayus hingga mudah dipermainkan sesuka hati. Kini, perkara yang tidak mahu terjadi pada PAS sudah berlaku, pemimpin kanan parti PAS pun boleh 'dicuri' Pakatan Harapan!

Comments