MEJAR ZAIDI MENGAGUNG-AGUNGKAN KERAJAAN DAP PULAU PINANG YANG LEMAH



MEJAR ZAIDI sering kali memuji pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menampakkan pandangan berat sebelah pihak dan kenyataan yang dibuat oleh Mejar Zaidi hakikatnya sebagai satu tindakan untuk membodek bos atau ketuanya Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang. Mejar Zaidi hanya mengagung-agungkan Kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah menampakkan bahawa mereka sangatlah taksub dengan Ketuanya dan Parti DAP sendiri. 

Kini apa juga yang dilihat oleh Mejar Zaidi dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang semuanya indah-indah belaka. Tuduhan Mejar Zaidi yang kini menjadi Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap Perdana Menteri yang dilabelnya sebagai perompak mega dan pembohong semata-mata.

Realitinya Kerajaan DAP Pulau Pinang sebenarnya berhadapan dengan bermacam-macam masalah dan krisis berat yang masih belum diatasi sehingga sekarang. Antaranya isu banjir yang tidak mampu diselesaikan oleh Kerajaan DAP sehingga ke hari ini. Projek penambakan laut yang memberikan kesan ke atas eko sistem laut di Pulau Pinang, isu hakisan tanah di kawasan bukit Pulau Pinang, isu pelaburan Pulau Pinang yang semakin merosot sehingga menyebabkan pelabur-pelabur besar di Pulau Pinang ambil keputusan untuk menamatkan pelaburan di Pulau Pinang, kos kajian terowong dasar laut yang merugikan dan banyak lagi.

Mejar Zaidi hanya sengaja membangkitkan isu 1MDB sebagai bahan kempen politik murahan pembangkang apatah lagi pada saat bosnya sendiri berhadapan dengan kes rasuah dan salah laku guna kuasa sehinggakan hanya menanti masa untuk dibicarakan sahaja, usaha Mejar Zaidi diibaratkan usaha terdesak meracuni pemikiran rakyat dan cubaan mengalih tumpuan banyak pihak terhadap isu membabitkan kelemahan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dan kes Lim Guan Eng. 

Kesimpulannya Mejar Zaidi adalah barua DAP, Melayu yang telah dipergunakan dan diperkudakan oleh DAP. Mejar Zaidi sanggup dipergunakan oleh DAP untuk mencapai agenda politik dan kepentingan peribadi parti itu. Melayu seperti ini yang akan merosakkan anak bangsa pada masa hadapan.

Comments