MB SELANGOR TAKUT KEPINCANGAN PENTADBIRAN KERAJAAN SELANGOR DAN PARTI POLITIK PH TERBONGKAR



Tindakan MB Selangor, Azmin Ali memberhentikan langganan akhbar keluaran Kumpulan Utusan dan Berita Harian oleh agensi di bawah kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta minggu lalu menggambarkan kerajaannya takut berhadapan dengan pendedahan yang dilakukan oleh media arus perdana.

Sikap Azmin Ali yang lebih suka dipuji dan disanjung oleh orang bawahannya agar rakyat selalu dibuaikan dengan berita yang enak dan sedap dibaca mengenai kerajaan Pakatan Harapan terutama sekali Selangor.

Jika akhbar pro kerajaan Barisan Nasional ini disekat untuk dibaca oleh staff kerajaan Selangor, bagaimana mereka mahu mendengar aduan dan keluhan rakyat mengenai kepincangan dan rungutan rakyat yang berlaku di bawah pentadbiran Azmin Ali?

Adakah Azmin Ali mahu memerintah secara kuku besi?

Semua sedia maklum akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Melayu diawal kewujudannya dilihat sebagai akhbar yang mengambil berat terhadap masalah kehidupan yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Namun jika disekat dari Melayu membacanya, Azmin Ali memang mahu meranapkan bangsanya sendiri di Selangor.

Selain itu, sejak Azmin Ali berkawan dan rapat dengan kepimpinan DAP mereka mahu menanamkan sikap kebencian kepada rakyat Selangor dengan hanya membenarkan petugas mereka membaca akhbar yang pro kepada pembangkang iaitu Sinar Harian, Suara Keadilan, The Star dan lain-lain akhbar yang hanya pandai mengutuk kerajaan.

Kalau pembangkang boleh boikot dan tidak membeli akhbar Pro Kerajaan, kami yang menyokong Barisan Nasional juga tidak akan teragak-agak untuk memboikot dan tidak membeli langsung akhbar keluaran syarikat yang Pro Pembangkang yang tahunya menghasut rakyat dengan berita palsu dan fitnah.

Comments