MAHFUZ OMAR SOKONG BEKAS ADUN PAS KELUAR PARTI! RESPON MAHFUZ SEPERTI MAHU MENYERU AHLI PAS UNTUK BERALIH SOKONGAN KEPADA PH


Tindakan ADUN Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang mengumumkan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan satu isyarat jelas kepada ahli dan kepimpinan PAS untuk beralih sokongan kepada Pakatan Harapan selepas ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar seolah-olah mengiyakan tindakan bekas ADUN PAS tersebut. Mahfuz memberi gambaran bahawa pengumuman oleh Amiruddin untuk keluar parti menunjukkan bahawa ahli dan pemimpin PAS mempunyai pelbagai pilihan melalui Pakatan Harapan sekiranya tidak selesa dengan pendekatan dibawa oleh parti Islam tersebut.

Keputusan Amiruddin bukannya merupakan sesuatu yang mengejutkan memandangkan terdapat beberapa siri perbincangan dilakukan sebelum ini dan perkara ini menjadi isyarat di mana jika ada antara ahli PAS yang tidak selesa dengan pendekatan PAS, maka mereka boleh pilih untuk bersama dengan mana-mana parti gabungan di bawah Pakatan Harapan! 

Mahfuz juga dilihat cenderung untuk menyokong Pakatan Harapan dan tidak mustahil beliau dilihat gembira dengan perkembangan ini. Sehubungan itu, Mahfuz juga pernah menyeru ahli-ahli PAS untuk menyokong dan mengundi Pakatan Harapan secara terbuka atau secara senyap.

Comments