Mahathir masih belum insaf dan belum mahu bertaubat kerana sehingga sekarang Mahathir bertindak agresif menyerang dan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tindakan Mahathir yang agresif menyerang dan menentang Najib membuatkan banyak pihak yang mahukan Mahathir memakai pakaian lokap.
Sememangnya banyak pihak mahu melihat Mahathir pakai pakaian oren dengan perkataan lokap. Mahathir sepatutnya disiasat kerana baru-baru ini Mahathir menyentuh mengenai keturunan Bugis pada 14 Oktober yang lalu. Sebelum ini juga dua laporan polis dibuat oleh Persatuan Bugis Johor terhadap Mahathir pada 17 Oktober lepas, selepas Mahathir buat tunjuk perasaan Sayangi Malaysia-Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya yang telah membidas Najib sebagai keturunan lanun Bugis.
Mahathir kononnya menafikan bahawa beliau berniat menghina seluruh keturunan Bugis. Kononnya Mahathir merujuk lanun itu kepada Najib. Hakikatnya Mahathir seharusnya disoal siasat dan ditangkap dengan segala kerja jahatnya dalam usaha menjatuhkan dan menumbangkan kerajaan demokratik yang dipimpin Najib.
Janganlah hanya disebabkan faktor umur dan sebagainya menjadikan rasional pihak berkuasa untuk tidak menangkap Mahathir itu ada dan sememangnya tiada ada sebuah negara pun di dunia yang memenjarakan orang tua berusia 90 tahun dan Mahathir sudah tentu tidak mahu menjadikan Malaysia yang pertama. Nanti apa yang akan orang kata.
Itulah sebabnya sampai sekarang susah sangat ambil tindakan terhadap Mahathir. Kalau sudah melakukan kesalahan pihak berkenaan harus mengambil tindakan terhadap Mahathir. Ini bagi memberikan pengajaran kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan, dan tidak terkecuali juga kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.
Namun adakah Mahathir sedar, walau apa juga kesalahan yang Mahathir lakukan sepanjang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga kini tiada sebarang tindakan dan hukuman dikenakan ke atas beliau. Ini kerana kerajaan tidak sampai hati untuk mengambil sebarang tindakan dan hukuman atas sebab faktor umur Mahathir yang semakin lanjut. Itu pun Mahathir masih tidak sedar dan bersyukur malah terus menerus bertindak memfitnah dan memburukkan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional.
Pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Mahathir. Ini bagi memberikan pengajaran kepada beliau sendiri dan kepada mana-mana pihak bahawa hukuman akan dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tanpa mengira faktor umur, pangkat, kedudukan mahupun kuasa.
Satu perkara lagi, timbul persoalan mengapa Mahathir terlalu ghairah ingin memakai baju lokap berwarna oren. Kebiasaannya, baju lokap polis berwarna ungu. Sebaliknya baju lokap oren digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Adakah ini bermakna Mahathir sedar bahawa segala kesalahan yang dilakukan oleh beliau sebelum ini bakal dibuktikan oleh SPRM?

Comments
Post a Comment