MAHATHIR SURUH LANUN BALIK KE BUGIS, KENAPA DAP DIAM? DAP SOKONG BUGIS BALIK KE TEMPAT ASAL?



Sebelum ini Mahathir telah menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berketurunan Bugis, kembali semula ke Bugis. Kenyataan Mahathir ini menghina dan rasis. Mahathir tidak sepatutnya menyebut Bugis itu lanun, ianya cukup mengguris hati seluruh masyarakat Bugis di Malaysia dan Nusantara yang jumlahnya kira-kira 6 juta orang.

Mahathir mengeluarkan komen-komen dan kenyataan yang biadab ini sudah lama berlaku sehinggakan tidak ada apa yang perlu dihairankan. Pendek kata sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman dan disegani oleh orang ramai, Mahathir sepatutnya lebih peka dan sensitif terhadap isu-isu perkauman, Ini kerana kenyataan Mahathir berbaur perkauman ini dikhuatiri akan mengganggu gugat kestabilan dan keamanan negara dan sepatutnya kenyataan Mahathir itu tidak boleh keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan sebagai negarawan yang terulung dan disegani ramai.

Tetapi mengapa DAP tidak pernah membantah kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Mahathir itu supaya kaum  Bugis yang beliau labelkan sebagai lanun balik ke tempat asal mereka? Bukankah selama ini DAP juga yang akan melaung-laungkan suara mengkritik dengan sekuat-kuatnya sekiranya terdapat apa-apa kenyataan perkauman diucapkan oleh mana-mana ahli politik.  Sebaliknya DAP berdiam diri tanpa membuat sebarang komen atau kenyataan mengutuk sifat perkauman terbuka oleh Mahahir berhubung isu Bugis. Ini membuktikan sifat-sifat hipokrit DAP yang keji, dwi standard dan tidak ikhlas terhadap anti perkauman kerana bersikap bias berdasarkan kepentingan politik dan agenda peribadi semata-mata. 

Sekarang ini kita mahu mencabar pemimpin-pemimpin DAP terutamanya pemimpin-pemimpin DAP di Johor seperti Teo Nie Ching dan Liew Ching Tong untuk mengecam kenyataan dan memberikan komen-komen terhadap kenyataan Mahathir yang menghina bangsa Bugis itu. DAP seharusnya bercakap serupa bikin dengan bangkit bersuara lantang untuk menentang unsur-unsur perkauman yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin mereka sendiri termasuklah Mahathir. 

Kebisuan dan sikap berdiam diri DAP membuktikan DAP rasis dan bersikap perkauman sehinggakan tidak mampu bersuara dan hanya mampu berdiam diri apabila Mahathir membuat kenyataan berhubung isu Bugis. Malah kebisuan DAP terhadap kenyataan Mahathir ini bermakna DAP tunduk kepala dalam politik. 

Kesimpulannya kenyataan Mahathir yang berbentuk menghasut kebencian, penghinaan dan diskriminasi berdasarkan keturunan seseorang ini tidak memberikan sebarang kebaikan, manfaat kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia malah ini juga memperlihatkan Mahathir sendiri telah menjatuhkan kredibilitinya dan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang unggul  dan tokoh negarawan.

Comments