Mahathir dengan bangganya mengisytiharkan bahawa dirinya adalah TOP DOG pihak pembangkang dan Pakatan Harapan setaraf dengan Perdana Menteri adalah tidak benar sama sekali kerana Mahathir hanyalah sekadar patung boneka dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan.
Politik dalam Pakatan Harapan membuktikan Pengerusi DAP Lim Kit Siang adalah KETUA PAKATAN PEMBANGKANG tetapi Lim Kit Siang tidak mahu ditonjolkan dalam carta kepimpinan gabungan Pakatan Harapan. Jika DAP terlalu menonjol, rakyat khususnya dari kalangan masyarakat Melayu akan marah dengan percaturan memasukkan Lim Kit Siang dalam pucuk pimpinan Pakatan Harapan.
Mahathir yang kononnya mendakwa dirinya kini mengetuai Pakatan Harapan sebenarnya penuh ilusi, tidak realistik atau dengan sengaja mahu menipu rakyat khususnya bahawa Mahathir mendapat persetujuan dalam Pakatan Harapan untuk memilihnya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. DAP terpaksa memilih Mahathir dan menonjolkan Mahathir agar dapat mengaburi orang Melayu demi menarik sokongan dan undian orang Melayu. Justeru itulah, DAP memberi laluan mudah kepada Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan supaya dapat mempergunakan Mahathir nanti.
Realitinya di sini, Lim Kit Siang dari DAP sudah pasti mahu habuan dan balasan daripada Mahathir untuk mengetuai Pakatan Harapan. Ini kerana diktator sebenar pembangkang Pakatan Harapan adalah Lim Kit Siang dan Lim Kit Siang akan mempergunakan Mahathir sebagai pelengkap untuk publisiti Pakatan Harapan dan sebagai alat kepada Pakatan Harapan untuk memecah belahkan orang Melayu. Semua orang tahu bahawa Mahathir dan parti barunya PPBM a.k.a Parti Cap Bunga hanya mempunyai satu kerusi Parlimen sahaja jika dibandingkan dengan DAP yang mempunyai jumlah kerusi majoriti pembangkang sebanyak 38 kerusi.
Hakikatnya pemimpin-pemimpin Melayu yang diumumkan dalam struktur baru barisan pembangkang Pakatan Harapan sebenarnya menyembunyikan kuasa dan kawalan sebenar DAP terhadap mereka. Begitulah DAP hanya mempergunakan Mahathir sebagai patung boneka untuk memecahbelahkan kepercayaan rakyat berbilang bangsa di negara ini.
Rumusannya semua tindakan dan kerakusan politik antara Mahathir dan DAP hanyalah sandiwara dan drama politik semata-mata. Mahathir sebenarnya ada agenda peribadi dan kepentingan politik dengan kerjasama bersama DAP. Dulu Mahathir ada cakap Melayu sudah lupa, tetapi kini Mahathir yang lupa terhadap prinsip perjuangannya suatu masa dahulu!! Malah dulu DAP kritik gaya pemerintahan Mahathir tetapi kini segala-galanya telah berubah, kini DAP memuji cara dan gaya Mahathir.

Comments
Post a Comment