Perjalanan kerjaya seseorang pemimpin politik biasanya berliku-liku. Tetapi kebiasaannya, walaupun berliku, seseorang akan bermula dari bawah dan akan naik ke atas sehinggalah berakhir dengan beliau meninggalkan medan politik.
Tetapi tidak begitu dengan Mahathir. Apabila Mahathir bersara pada 2003, beliau bersara dengan keadaan yang penuh kehormatan. Ramai yang menjangkakan bahawa walaupun Mahathir bersara, beliau akan membantu menyumbang buah fikiran bagi membantu Perdana-Perdana Menteri yang datang selepasnya.
Namun, jangkaan orang ramai salah.
Mahathir bukan mahu menyumbang buah fikiran, tetapi sebaliknya ingin mengawal dan mengarahkan Perdana-Perdana Menteri selepasnya. Apabila Abdullah Ahmad Badawi tidak mahu akur, Mahathir menjadi dalang utama untuk menjatuhkan beliau. Selain itu, Barisan Nasional dan UMNO yang pernah diketuainya berhadapan dengan prestasi yang cukup buruk sehingga kehilangan majoriti dua per tiga seperti yang selalu dimenangi oleh Barisan Nasional dan UMNO.
Setelah Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan dan digantikan dengan Najib, ramai orang menjangkakan beliau akan kekal dalam persaraan beliau. Tapi kerana Najib enggan menaikkan Mukhriz menjadi Naib Presiden UMNO di dalam pemilihan parti pada 2013.
Tetapi berbeza dengan keadaan pada ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Najib berjaya menepis serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Mahathir, termasuk cubaan tikaman dari belakang dari timbalan beliau sendiri iaitu Muhyiddin Yassin. Sedar bahawa kedudukan Najib adalah kukuh, Mahathir, diikuti oleh Muhyiddin dan Mukhriz meninggalkan UMNO bersama dengan pengikut-pengikut setia mereka dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), iaitu sebuah ‘klon’ UMNO.
Malangnya klon UMNO tersebut tidak menjadi.
Sedar bahawa demi kepentingan beliau sendiri, Mahathir akhirnya tunduk dan akur kepada kesemua musuh-musuh politiknya dahulu seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan juga Anwar Ibrahim yang dipenjarakan oleh beliau sendiri. Segala kritikan-kritikan yang pernah dilemparkan kepada mereka kini dijilat semula oleh Mahathir dengan tanpa segan silu lagi.
Agak malang seorang tokoh yang dijulang sebagai negarawan kini menjadi duri dalam daging kepada parti yang pernah dipimpin oleh beliau.
Mungkin harimau mati meninggalkan belang, tetapi bila Mahathir mati, nampaknya beliau akan hanya meninggalkan bahana.

Comments
Post a Comment