LIM GUAN ENG LINDUNGI PUSAT JUDI HARAM DI PULAU PINANG



Kerajaan DAP Pulau Pinang sememangnya mengamalkan kapitalisme. Kapitalisme yang menjadi tunjang pemerintahan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya mengutamakan keuntungan dan perolehan kewangan tanpa melihat kesan dan implikasi kepad sosial masyarakat Pulau Pinang.

Kita dapat melihat kegiatan perjudian yang semakin berleluasa di negeri Pulau Mutiara ini tumbuh bagaikan cendawan semuanya berpunca daripada dasar dan pendekatan pentadbiran Kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP di negeri berkenaan. 

Tetapi seperti biasalah Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng dan Kit Siang ini akan cuba sedaya upaya mengelak apabila diasak menjawab segala permasalahan yang timbul dengan menggunakan cara dan taktik yang licik dengan cara menuding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan. 

Dan disebabkan itu jugalah, Guan Eng akan memberikan jawapan sambil lewa berhubung isu kegiatan perjudian di negeri itu yang menunjukkan kononnya dirinya cuba cuci tangan seolah-olah tiada ada sebarang kaitan dengan kuasa kerajaan negeri.

Sikap menjengkelkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng itu sebenarnya menyembunyikan hasil dan keuntungan mewah yang diraih daripada bertambahnya kegiatan berkenaan yang berselindung di premis perniagaan di negeri itu. 

Apa sebab dan alasan Guan Eng kepada kita semua sebenarnya untuk menutup kesungguhan beliau memayungi aktiviti yang menyumbang kepada hasil negeri di bawah tadbirnya? Guan Eng hakikatnya melindungi kegusaran dari isu yang dibangkitkan itu. Kerajaan DAP Pulau Pinang menyediakan premis untuk menyempurnakan lesen judi yang diberi Kerajaan Persekutuan hingga kegiatan dapat dijalankan.

Hakikatnya tidak perlu menuding jari kepada pihak polis untuk melakukan penguatkuasaan. Kerana fakta yang berlaku, tangkapan dan rampasan dibuat oleh pihak polis menunjukkan peningkatan semasa ia di bawah pentadbiran Guan Eng. Statistik peningkatan tersebut bukan sahaja kerana keberkesanan penguatkuasaan dilakukan polis, tetapi sememangnya telah bercambah kegiatan judi di negeri ini.

Guan Eng seharusnya membuang sikap angkuh beliau mnyelar dan menyalahkan pihak lain dan seterusnya belajar mengenai pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Persoalannya apakah penyelewengan dan skandal yang sedang meliputi pentadbirannya satu perkara untuk dibanggakan beliau?
Guan Eng perlu sedar diri dan beliau tidak mungkin dapat menutup kenyataan bahawa kerajaan negeri pernah berjanji untuk menangani kegiatan judi dalam mengekang masalah sosial yang semakin berleluasa di Pulau Pinang.

Comments