KONDOM - CUBAAN MB SELANGOR UNTUK MENYELAMATKAN PUSAT MAKSIAT DAN RUMAH URUT DI SELANGOR



Program Peduli Sihat yang diumumkan MB Selangor dalam bajet 2018 negeri itu, salah satu cadangannya adalah dengan memberikan kondom percuma di bawah skim Bantuan Bekalan Kondom 1 Selangor (BBK1S).

Ramai netizen yang mengkritik cadangan tersebut dengan mengatakan bahawa Azmin Ali hanya menggalakkan maksiat di negeri Selangor. Adakah Selangor merupakan negeri tertinggi kes HIV dan AIDS?

Apa yang kita tahu Selangor terkenal dengan negeri yang paling tinggi jumlah kematian dan kes menyebabkan denggi. Adakah kerajaan Selangor sudah betul-betul mengatasi masalah rakyat mengenai denggi?

Tapi bila dikaji balik kaitan Kerajaan Selangor untuk memberi kondom percuma ini adalah bagi menggalakkan rakyatnya melakukan maksiat. Maklumlah Selangor dan Pulau Pinang kan merupakan negeri yang paling banyak pusat maksiat, pusat hiburan dan rumah urut.

Dengan adanya skim BBK1S ini terserlahlah bahawa kerajaan negeri langsung tidak berminat menghapuskan rumah urut dan maksiat yang ada di Selangor. Kemungkinan besar Azmin Ali dan konco-konconya sedang giat untuk menambah lagi bilangan rumah urut dan maksiat di negeri itu disamping mendapat nasihat dari Exco DAP yang ada dalam pentadbiran negeri Selangor.

Bagi mengelak HIV dan AIDS merebak kerajaan Selangor sepatutnya kembali kepada pendekatan Islamik dengan menghapuskan terus pusat maksiat, rumah urut, tempat judi, sarang lacur dan yang sejenis dengannya. Masalah tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus menerus memberikan kondom percuma kepada pelaku maksiat.

HARAM TETAP HARAM - GEJALA SOSIAL TIDAK AKAN SELESAI

Comments