Datuk Seri Johari Abd Ghani, Menteri Kewangan II menjelaskan bahawa pihak Kerajaan berkemungkinan mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlah wang yang diberi dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun hadapan. Ini berikutan penambahan pendapatan negara ekoran kenaikan harga minyak dunia.
Ada kemungkinan besar bahawa kerajaan boleh meningkatkan BR1M berikutan kenaikan harga minyak, kata Menteri Kewangan II. Tidak mustahil bahawa rakyat boleh menantikan satu lagi pemberian lebih besar oleh kerajaan memandangkan berlakunya peningkatan dalam hasil disebabkan kenaikan harga bahan api global.
Jika kerajaan menerima lebih banyak pendapatan, senario sebegini secara tidak langsung boleh memberikan lebih banyak pendapatan kepada golongan berpendapatan rendah, terutamanya kepada penerima BR1M.
Pendapatan yang meningkat untuk Kerajaan akan membolehkan pihak Kerajaan mempertimbangkan cadangan bagi meningkatkan BR1M sedikit demi sedikit, walau bagaimana pun perkara ini sukar untuk dilakukan secara kekal andai kata harga minyak turun. Perdana Menteri, Najib Razak ketika membentangkan belanjawan baru-baru ini, berkata kerajaan akan meneruskan pembayaran BR1M sekarang sebanyak RM1,200 kepada tujuh juta penerima.
Di samping itu juga, pihak pembangkang turut akan mengikut jejak langkah Kerajaan Pusat dan akan meneruskan pemberian BR1M kepada rakyat walaupun suatu ketika dahulu mereka membantah sekeras-kerasnya pemberian BR1M kepada rakyat serta melabel pemberian BR1M sebagai pemberian 'rasuah'. Hakikatnya kini, BR1M adalah satu bentuk bantuan rakyat yang sangat bermanfaat untuk golongan berpendapatan rendah.

Comments
Post a Comment