KERAJAAN JAMIN BERI BANTUAN TERBAIK UNTUK AYAH KAMU



Keluhan dan resah anak Anwar Ibrahim berhubung jaminan keselamatan ayahnya yang sedang sakit selepas mendapat rawatan pembedahan bahu di hospital kerajaan yang dituduh tidak efisyen amat mengecewakan dan amat memalukan.

Jika Nurul Izzah resah dan bimbang terhadap kesihatan ayahnya, berdoalah kepada Allah dan minta ayahnya disembuhkan dengan segera. Tidak perlulah memperbesarkan isu tentang keberadaan Anwar Ibrahim di dalam penjara akan menyebabkan ayahnya lambat sembuh dan meminta ayahnya dibebaskan lebih awal.

Nurul Izzah perlu tahu ayahnya berstatus BANDUAN atau TAHANAN.

Jika dengan kecederaan tersebut Anwar Ibrahim perlu dibebaskan awal, bagaimana pula dengan status banduan lain yang mempunyai penyakit yang lebih kronik dan menghitung hari untuk mati? Adakah jenayah berat yang mereka lakukan boleh diampun begitu sahaja kerana kecederaan dan penyakit yang mereka alami?

Bagaimana perasaan mangsa liwat Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan jika mendapat tahu peliwatnya dibebaskan lebih awal kerana benda kecil seperti ini?

Dimana hak Saiful dan adakah undang-undang yang kita amalkan di Malaysia selama ini mudah digula-gulakan oleh ahli politik dan orang yang berkepentingan seperti keluarga Anwar Ibrahim.

Adakah tidak cukup dengan jaminan yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri sebelum ini? TPM memberi jaminan akan menyediakan prasarana berubatan yang terbaik.

Kemudian doktor pakar sesuai dengan kecederaan yang dialaminya turut disediakan. Seterusnya, TPM juga memberi jaminan bahawa selepas pembedahan berlaku pihaknya akan memastikan rawatan susulan akan diberi kepada pemimpin pembangkang tersebut sehingga pulih.

APA YANG NURUL IZAAH NAK LAGI?

Kami tahu sekiranya rayuan pembebasan awal Anwar Ibrahim diterima oleh YDPA dan kerajaan, pihak pembangkang terutamanya DAP dan Mahathir akan mempergunakan Anwar Ibrahim bagi mempengaruhi minda rakyat untuk menyokong Pakatan Harapan pada PRU-14 walau pada saat-saat akhir.

Seterusnya mereka bercita-cita untuk menunaikan hajat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Namun begitu, rakyat sudah belajar dari pengalaman yang ada, Anwar Ibrahim jika diberi pembebasan awal, dia akan memporak perandakan negara dengan fitnah dan serangan yang tidak masuk akal.

Dengan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan liwatnya, itu adalah qada dan qadar dairNYA. Mungkin ada hikmah Anwar Ibrahim masuk penjara, mungkin mahu melihatnya dirinya bertaubat dengan segala kesilapan yang dilakukannya sebelum ini.

Umur yang menjangkau 70 tahun itu perlu lebih banyak di tikar sembahyang dari terus bergelumang dengan dosa di pentas politik. Nurul Izzah juga tahu bintang ayahnya sudah tenggelam di arena politik massa dengan kehadiran Tun M dan PPBM. Nama ayahnya juga sudah dilupakan oleh rakyat dan penyokong Pakatan Harapan sejak dirinya dipenjarakan.

Comments