Sedih bila cadangan usul untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di Selangor telah ditolak bulat-bulat oleh Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh. Penolakan usul ini bukan dilakukan kali pertama, namun ianya sudah kali kedua sejak 2016 lagi.
Adakah Speaker dari DAP yang juga Pendakyah Agama Kristian ini anti Islam?
Usul tersebut belum sempat dibahaskan namun, Speaker telah menolaknya dengan bermacam-macam alasan. Sedangkan DUN Selangor bertanggungjawab untuk membincangkan setiap inci perjalanan Mahkamah Syariah bagi melakukan penambahbaikan dan sebagainya.
Manakala penolakan dan jawapan yang diterima oleh rakyat menggambarkan sentimen peribadi Hannah Yeoh dan DAP terhadap pembangunan dan perkembangan syiar Islam di Selangor.
Hannah Yeoh bukan asing lagi dengan gerakan Kristian Evangelist yang banyak pengaruhnya daalam DAP. Pada 2015 Hannah Yeoh telah menerbitkan sebuah buku kontroversi BECOMING HANNAH yang mendapat kritikan dari kumpulan NGO Islam dan para ilmuan Islam.
Kandungan buku tersebut didapati dipenuhi dengan seruan seperti memujuk, mempengaruhi atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk Muslim, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian.
Malah Hannah Yeoh juga mengaku bahawa beliau menggunakan jawatan politik untuk berdakyah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang muda.
Selain itu, Speaker DUN Selangor itu juga bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam. Namun bila dilihat cita-citanya itu tidak mustahil dia akan tetap dengan pendiriannya yang mahu menghalang perkembangan agama Islam di Selangor.
Inilah malanganya apabila rakyat mengundi pembangkang. MB dan EXCO Selangor majoritinya bukan anak Selangor. Mereka sedang mengenepikan kepentingan umat Islam dan tidak menghormati serta ingkar dengan titah murka DYMM Tuanku Sultan Selangor. Mereka wajar meletak jawatan masing-masing
Kepada umat Islam tidak serikkah lagi apabila
- Kalimah Allah dicabuli
- Masjid digunakan untuk bukan Islam
- Bebas minum arak di tempat awam
- Halal dan haram jadi mainan
Adakah kita mahu bertuankan DAP yang mengagungkan agama Kristian sebagai agama rasmi? Tapi sekutu DAP iaitu PAN kata DAP boleh jaga Islam lebih baik sekiranya mereka jadi pemerintah.
Teringat kata-kata Teresa Kok di depan wartawan,
''apa pasal lu orang mau marah sama saya, orang Melayu pun ada sokong ma''
PENGUNDI-PENGUNDI ISLAM YANG MENGUNDI DI SELANGOR TIDAK PERLU BERFIKIR DUA KALI. TOLAK PAN & DAP DALAM PRU14 NANTI.

Comments
Post a Comment