Masyarakat Cina di negara ini diseru supaya ‘bangkit dan celik’ daripada terus membiarkan diri terus ‘diperbodohkan’ oleh DAP yang menggunakan isu perkauman tanpa melakukan apa-apa kebaikan untuk mereka.
Ketua Wanita Nasional Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe juga mendakwa bahawa DAP secara berterusan telah menipu dan menghasut dengan menggunakan isu perkauman yang merupakan taktik mudah bagi DAP untuk terus menang pilihan raya tanpa mengotakan sebarang janji yang ditabur sebelum itu.
DAP memang tidak senang dan iri hati kerana kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Najib terus menerus membantu rakyat dengan melakukan pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
Sudah sampai masanya masyarakat Cina perlu celik, perlu sedar dan ke pangkal jalan. Segala macam janji yang ditaburkan oleh DAP tidak dapat dikotakan kerana mereka tidak mampu mentadbir dan tidak mampu menjadi sebuah kerajaan yang adil.
DAP hanya pandai membuat fitnah dengan melemparkan tuduhan serta kesalahan yang berlaku kepada kerajaan pusat. Cukuplah. Sudah dua penggal anda ditipu dan diperbodohkan bulat-bulat oleh mereka. Apa sahaja yang berlaku di Pulau Pinang wajar dijadikan sebagai pengajaran.
Jangan lagi termakan dengan hasutan dan fitnah DAP, mereka bijak memutar belit fakta bagi menutup penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dengan cuba menghalalkan yang haram serta menuding jari kepada Gerakan dan MCA.
DAP yang sebenarnya ‘running dog’ dan bukan MCA atau Gerakan. DAP yang pada hakikatnya menjual masyarakat Cina demi kuasa semata-mata. Walaupun kuasa di tangan mereka, mereka tetap tidak melakukan apa-apa kebaikan untuk rakyat sebaliknya hanya agenda peribadi.
DAP akan melakukan apa sahaja termasuk menghasut dan memperbodohkan rakyat terutamanya masyarakat Cina demi kegilaan kuasa tanpa had.
DAP akan mengakibatkan masyarakat Cina kerugian besar tanpa wakil dalam Kabinet, malah masyarakat Cina akan hidup susah dan menderita pada masa depan sekiranya rakyat terus menolak MCA dan Gerakan pada PRU-14.
Jika ini berlaku, mereka kemudian akan menuduh kerajaan BN rasis dan kepentingan masyarakat Cina tidak menjadi keutamaan. Sampai bila anda mahu diri terus menjadi mangsa DAP?
Ingat, jangan termakan dengan janji yang tidak pernah dikotakan. Sandiwara demi sandiwara sebenarnya sudah mengabui mata rakyat untuk menakluki Putrajaya bagi kepentingan politik masing-masing dan bukannya rakyat.

Comments
Post a Comment