ISU AIR TAK SELESAI, KERAJAAN SELANGOR DISAMAN PUNCAK NIAGA RM14 BILION



Dalam bajet Selangor yang dibentangkan oleh Azmin Ali baru-baru ini ada menyebutkan bahawa rizab Kerajaan Selangor yang terkumpul buat masa ini sebanyak RM3.18 bilion. Tapi mungkin rizab berkenaan terpaksa dikorbankan bagi membayar saman Puncak Niaga terhadap Kerajaan Selangor.

Dalam pengumuman Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) semalam, mereka memfailkan saman berjumlah hampir RM14 bilion terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Mereka telah menamakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku defendan.

Mereka didakwa menyalahgunakan kua­sa mereka dengan mengancam untuk menyebab, memohon atau cubaan untuk menyebabkan Kerajaan Persekutan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi memaksa pengambilalihan industri per­khidmatan di negeri ini.

Pada masa sama, PNHB turut menuntut ganti rugi, faedah ganti rugi serta kos perbezaan nilai PNSB Water Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd.) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Sya­bas) di antara RM2.08 bi­lion hingga RM2.35 bilion, selain pertimbangan pembelian sebenar berjumlah RM1.55 bilion di bawah Perjanjian Pembelian Saham bertarikh 11 November 2014 di antara PNHSB dan Pengurusan Air Se­langor Sdn. Bhd.

Selain itu, PNHB turut menuntut ganti rugi kehilangan peluang perniagaan dalam dan luar negara berjumlah RM13.49 bilion.

Sekarang pentadbiran Selangor di bawah parti PKR sedang menerima pembalasan atas kecuaian yang mereka lakukan selama ini. Kecuaian ini akan menyebabkan rakyat Selangor menjadi mangsa dan pengurusan air bekalan air bersih tidak berjalan lancar.

MASALAH AIR SELANGOR TIDAK SELESAI SAMPAI BILA-BILA JIKA PAKATAN HARAPAN ASYIK BERMAIN POLITIK DALAM SETIAP ISU.

Comments