HINDRAF TIDAK MENDAPAT KEPERCAYAAN PENUH ORANG INDIA


Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di pilihan raya umum. Namun begitu, nama HINDRAF semakin tenggelam dari masa ke semasa kerana orang India mulai tidak percaya kepada HINDRAF!

Lihat saja apa yang berlaku pada HINDRAF dahulu dan kini. HINDRAF kini berpecah belah. Ada bekas-bekas pemimpin HINDRAF yang sudah menyertai parti DAP. HINDRAF tidak lagi sehebat dulu dan tidak mampu memainkan peranan untuk memperjuangkan nasib orang India. 

Oleh itu, Pengerusi HINDRAF P Waythamoorthy terpaksa mengambil jalan pintas untuk menyelamatkan badan NGO itu yang kian tenggelam itu dengan cara menyertai PH. HINDRAF akan berunding dengan PH untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menggunakan logo gabungan pembangkang itu. P Waythamoorthy juga berharap PH akan memberikan sesetengah kerusi yang tidak boleh dimenangi mereka kepada kumpulan hak asasi India itu.

Hakikat, orang India sudah tidak percaya kepada HINDRAF lagi kerana mereka gagal mengotakan janji mereka dan memperjuangkan nasib orang India. Jika HINDRAF sebuah badan yang berjaya, sudah pasti, pemimpin asal HINDRAF kekal sehingga hari ini membincangkan isu kebajikan orang India. 

Realitinya, pertubuhan yang suatu ketika dahulu utuh di awal penubuhannya kini pudar dan hanyut selepas pemimpinnya berpecah dan tidak bersatu dalam HINDRAF! HINDRAF kini hanya sebuah badan kumpulan hak asasi India yang tidak bermaya dan mahu jadi penumpang dalam PH. Sememang mereka tidak mampu perjuangkan nasib orang India dan hanya akan jadi beban kepada PH!

Comments