DR MAHATHIR ALAMI SINDROM 'DIAM DIRI' BILA ISU KEKAYAAN ANAK-BERANAKNYA DIBANGKITKAN!


Sehingga hari ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad itu dilihat gagal dan cuba lari daripada menjawab desakan untuk mengisytiharkan kekayaan yang dimilikinya dan anak-anaknya. Walaupun desakan ini juga datangnya daripada sayap pemuda parti sendiri, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Dr Mahathir tetap menutup mulutnya dan berdiam diri.

Jelas sekali bekas Perdana Menter itu seolah-olah mengalami sindrom ‘berdiam diri’ setiap kali menerima desakan pelbagai pihak supaya mengisytiharkan kekayaan dimiliki beliau dan anak-anaknya. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah lama desak beliau dedahkan kekayaan dimiliki termasuk anak-anaknya sejak meninggalkan jawatan Perdana Menteri tetapi beliau senyap.

Selama ini Dr. Mahathir suka mencari kesilapan orang lain, dakwa orang terlibat rasuah termasuklah kekayaan anak-anak pemimpin yang lain. Tetapi apabila desakan itu diajukan kepada Dr Mahathir malah daripada Armada sendiri, tiada penjelasan diberikan. Dahulu, ketika Dr. Mahathir menerajui pentadbiran negara, isu tersebut sering dibangkitkan oleh Kit Siang dan dijadikan modal serangan beliau tapi kini Kit Siang juga senyap seribu bahasa! (Dah dapat RM1 Bilion ke?)

Sepatutnya Kit Siang perlu mendedahkan kemewahan hidup Dr Mahathir kalau betul kononnya beliau seorang pemimpin berprinsip. Selain itu, Dr. Mahathir perlu didesak supaya mengisytiharkan kekayaan dimilikinya sebelum dia sendiri menuding jari kepada orang lain. Tidak perlu Dr. Mahathir nak kata pemimpin ini hidup mewah, pemimpin itu kaya kalau beliau sendiri senyap bila diajukan soalan sama. Pendek kata, Dr. Mahathir tidak perlu buat permainan gimik untuk memutarbelitkan pemikiran rakyat!

Comments