Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menyifatkan sindiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berhubung lawatan Azmin ke negara China baru-baru ini, merupakan satu peringatan kepada pihak pembangkang agar berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang tuduhan ataupun dakwaan.
Selama ini pihak pembangkang membuat tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas kepada Kerajaan Barisan Nasional mahu menjual negara kepada negara China apabila pelabur-pelabur dari negara tersebut membuat pelaburan yang besar di dalam negara kita.
China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia sejak lapan tahun lalu dan Presidennya Xi Jinping mengetahui hubungan dua hala antara kedua-dua negara pada yahap yang terbaik. Antara kerjasama utama China dan Malaysia termasuklah Zon Perdagangan Bebas Digital pertama dunia, eksport nanas Malaysia ke China dan taman komersial mewah, The Shore di Sabah.
Bukan itu sahaja malahan beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan China Construction Bank (CCB) dimeterai dan ianya termasuklah InvestKL dan CCB, perjanjian penjelasan reminbi antara CIMB Cambodia dan CCB; perjanjian penjelasan ringgit antara CCB Group dan CCB Malaysia, serta, MoU tiga pihak antara Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan, Guang Xi Bei Fu Gulf International Port Group dan CCB. China Construction adalah satu daripada bank terbesar dan bank perdagangan paling bereputasi di China dan juga di dunia yang mampu menyediakan perkhidmatan perbankan dan kewangan kepada banyak aktiviti pengembangan ekonomi, perdagangan dan pembinaan yang dijana daripada insiatif 'One Belt One Road.
Rumusannya pihak pembangkang akan membuat pelbagai tanggapan negatif terhadap isu pelaburan luar kerana pihak pembangkang sentiasa cemburukan Perdana Menteri untuk menarik pelaburan dari luar negara ke Malaysia. Malaysia akan terus menjadi tumpuan negara luar untuk menjalinkan kerjasama pelaburan mahupun kerjasama dua hala yang menguntungkan negara yang terlibat. Dakwaan dan tuduhan dari pembangkang bahawa Najib dan Kerajaan Barisan Nasional mahu menjual negara Malaysia kepada negara luar sememangnya sama sekali tidak benar.

Comments
Post a Comment