DAP KERAJAAN YANG GAGAL DI PULAU PINANG, PULAU PINANG SEMAKIN NAZAK DI BAWAH DAP



Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal melaksanakan perancangan dan pentadbiran yang berkesan walaupun sudah mentadbir dan memerintah selama sembilan tahun sejak memerintah Pulau Pinang sejak tahun 2008 sehinggalah kini. 

Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang terlalu asyik mengejar projek pembangunan sehingga mengakibatkan tanah runtuh di Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 nyawa dan tragedi banjir yang hampir menenggelamkan Pulau Pinang akibat sikap gelojoh kerajaan negeri meluluskan projek pembangunan, projek tambak laut di bahagian selatan negeri. 

Projek itu adalah sebanyak 4,000 ekar tanah akan ditambak tetapi ianya berubah menjadi 45,000 ekar bukan sahaja merosakkan ekosistem lautan di kawasan berkenaan malahan akan menyebabkan nelayan hilang punca pendapatan. 

Untuk makluman semua, bahagian selatan negeri ini adalah kawasan yang kaya dengan sumber perikanan dan menyumbang 80 peratus hasil laut Pulau Pinang. Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang berhentilah mengejar projek pembangunan dan mengabaikan kebajikan rakyat Pulau Pinang. 

Sehingga ke hari ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berterusan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional berhubung isu rakyat yang gagal diselesaikan. Malah sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sememangnya seorang pakar taici yang hanya tahu menyalahkan orang lain semata-mata. 

Hakikat sebenarnya Lim Guan Eng tidak dapat memberikan sebarang pembangunan dan kemajuan kepada negeri Pulau Pinang walaupun sebelum ini DAP menabur pelbagai janji manis dan palsu. Lim Guan Eng cuba memanipulasi isu di negeri itu yang mana ia semakin berlarutan sejak sekian lama termasuk dalam isu banjir.

Realitinya rakyat Pulau Pinang sudah muak dan bosan dengan permainan politik DAP dan Lim Guan Eng yang sering kali menyalahkan orang lain. DAP dan Lim Guan Eng sebenarnya tidak mahu mengakui kelemahan dan kesilapannya dalam menguruskan Pulau Pinang. 

Jelas sikap DAP dan Lim Guan Eng hanya memusnahkan negeri Pulau Pinang dengan pelbagai masalah lain yang melanda Pulau Pinang seperti kesesakan lalu lintas, isu banjir, isu alam sekitar sehingga kini tidak mampu diselesaikan oleh DAP. 

Sekiranya Lim Guan Eng suka menyalahkan Kerajaan Pusat dan mengabaikan tanggungjawabnya adalah lebih baik rakyat Pulau Pinang memberikan sepenuh sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang agar Pulau Pinang dapat diberikan pembangunan dan kemajuan yang sewajarnya. 

Lim Guan Eng hanya tahu lepas tangan dan tidak menghiraukan sebarang masalah yang berlaku dan melanda Pulau Pinang yang hanya akan mendatangkan banyak keburukan kepada rakyat Pulau Pinang. 

Satu nasihat buat Lim Guan Eng jangan kerana terlalu ghairah mengejar projek pembangunan di Pulau Pinang sehingga mengabaikan kebajikan dan kepentingan rakyat Pulau Pinang kerana rakyat Pulau Pinang yang akan menentukan siapa Kerajaan yang layak memerintah di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang!!. Kuasa pengundi di tangan rakyat, dan rakyat kini semakin sedar temberang dan tipu daya DAP Pulau Pinang!!

Comments