Baru-baru ini Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe menyifatkan bahawa DAP sebagai ‘Running Dog’ sebenarnya, bukannya Parti Gerakan dan MCA. Istilah tersebut, yang berasal daripada Simpulan Bahasa Cina ‘zǒu gǒu’ merujuk kepada seseorang yang tidak berprinsip yang membantu atau menyokong mereka yang berkuasa dan jahat.
Selama ini, DAP telah menuduh bahawa kedua-dua Parti Gerakan dan MCA sebagai ‘Running Dog’ kepada UMNO dan bersekongkol dengan parti tersebut. Malangnya propaganda bersifat pembohongan yang dilaungkan oleh DAP tersebut dipercayai ramai sehingga menyebabkan masyarakat Cina kerugian besar tanpa wakil dalam Kabinet.Ini jelas menunjukkan bahawa DAP adalah parti yang memainkan peranan dalam mengatur strategi politik dan ‘master mind’ dalam Pakatan Harapan.
Tindakan ini disifatkan sebagai jenaka politik selain langkah cuba memperbodohkan rakyat, hasutan dan fitnah DAP yang penuh dengan pendustaan, putar belit fakta bagi menutup penyelewengan dan cuba menuding jari kepada Gerakan dan MCA bagi menyembunyikan kesalahan dan kesilapan mereka.
Jadi jika DAP menjadi ‘master mind’ yang mengawal Pakatan Harapan dengan mengatur sesiapa sahaja yang boleh patuh kepada parti itu, persoalannya parti tersebut menjadi ‘running dog’ kepada siapa?
Mudah sahaja jawapannya. Parti DAP bergerak bagi kepentingan Dinasti Lim.
Rakyat boleh menilai apa setelah apa yang berlaku di Pulau Pinang seharusnya wajar menyedarkan masyarakat bahawa selama ini mereka telah ditipu dan diperbodohkan oleh DAP.
Sudah sampai masanya masyarakat Cina untuk celik, sedar dan kembali semula ke pangkal jalan dengan menolak DAP dalam Pilihan Raya Umum akan datang. DAP yang sebenar-benarnya running dog, bukannya MCA atau Gerakan kerana parti DAP yang menjual masyarakat Cina.
Kita harapkan masyarakat Cina tidak lagi termakan janji-janji manis dan palsu DAP yang hanya mahu memperdayakan masyarakat Cina semata-mata. Sebaliknya bukalah mata, dan hati untuk tidak lagi memberikan sebarang sokongan kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Comments
Post a Comment