CUCU ‘ULAR-MA’ MAHATHIR TIDUR DENGAN ANJING-ANJINGNYA.



Mungkin Mahathir tidak bermaksud bahawa beliau adalah benar-benar seekor anjing apabila merujuk beliau sendiri sebagai ‘Top Dog’. Sudah tentu beliau tidak berfikiran demikian walaupun beliau boleh menggunakan pernyataan yang lain daripada memanggil beliau sendiri sebagai anjing. 

Apa pun, bak kata pepatah melayu, Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi.

Cucu kesayangan Mahathir, Othman bin Mirzan baru-baru ini dengan penuh angkuh dan bongkak memuat naik gambar beliau tidur bersama anjing-anjing kesayangan dalam laman Instagram yang dikongsikan secara umum. Dengan angkuhnya, cucu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia membuat pernyataan “All my bitches love me”

Sudah tentu Othman cucu Mahathir tidak ada masalah bermain-main dengan anjing-anjing yang dikategorikan dengan Najis Mughallazah. Sememangnya semua tahu bahawa anjing boleh dipegang asalkan berada di dalam keadaan kering, namun adalah sukar untuk memastikan keadaan tersebut apabila anjing-anjing tersebut dibawa tidur di atas katil. 

Seperti dinyatakan, Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi. Bapanya Mirzan Mahathir memiliki  syarikat  San Miguel Corp di Filipina tetapi mendakwa telah melepaskan kepentingan tersebut walaupun perkara tersebut adalah diragukan. Mak saudara Marina Mahathir pula memperjuangkan kebebasan seksial dan ingin meng’halal’kan kegiatan  Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Dan di atas sekali, datuknya Mahathir pula telah mengeluarkan fatwa bahawa menerima bantuan 1MDB untuk menunaikan haji sah adalah haram di samping  memperlekeh Rasulullah dengan mengatakan bahawa Rasulullah tidak bercukur kerana tiada pisau cukur dan Rasulullah tidak mempunyai wang RM 2.1 billion. 

Jadi sudah tentunya ‘Ular-Ma’ Mahathir tidak kisah cucunya tidur bersama anjing. Jika dipersoalkan akan keluar fatwa-fatwa merapu. Lagipun, seperti kata Othman, “All my bitches love me” dan Mahathir sudah tentunya sayangkan cucunya.

Comments