BUDAYA PENIPUAN DAP SUDAH WUJUD DARI DULU LAGI! TIDAK MUSTAHIL PEMILIHAN CEC KE-2 DAP ADA UNSUR PENIPUAN!


Adalah dikhuartiri berlaku penipuan dalam pemilihan kali ke-2 Jawatan Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan baru-baru ini. Permasalahan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin-pemimpin dalam DAP yang tidak mempercayai proses pemilihan CEC DAP yang telah dijalankan itu.

DAP Cawangan Selangor iaitu dari cawangan Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu, Pantai Sepang Putra dan Kelang telah menghantar laporan menggesa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat wujud unsur penipuan dalam pemilihan semula CEC DAP yang diadakan pada 13 November lalu.

Difahamkan DAP gagal mengemaskini senarai ahli yang meninggal dunia dan keluar parti termasuk memaparkan senarai nama yang layak mengundi pada CEC terbaharu di laman sesawang parti. Senarai jawatankuasa juga tidak berubah dan perkara ini seolah-olah sudah diatur pihak yang berkepentingan dalam parti.

Pemimpin-pemimpin Cawangan DAP seperti Santokh Singh Gurdev Singh telah mempertikaikan Firma audit bebas, Grant Thornton, yang dilantik DAP bagi mengendalikan CEC dilihat tidak mematuhi arahan seperti mana ditetapkan ROS. Sebelum ini, bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G Asoghan, juga mendesak agar senarai itu perlu didedahkan bagi memastikan pemilihan semula, tetapi DAP gagal mengemas kini senarai ahlinya yang layak mengundi. Malah, L. Pannerselvam juga memberi kenyataan negatif terhadap cara pemilihan ini dibuat.

Selain itu,ramai yang tidak berpuas hati kerana kertas undi pemilihan CEC juga tidak dicetak nombor siri dan dikhuatiri diseleweng sewaktu proses pengiraan undi. Lebih tidak adil lagi di waktu proses pengiraan undi, wakil atau ejen calon juga tidak dibenarkan berada di tempat pengiraan undi dibuat dan perkara itu menambah kemusykilan calon dan ahli.

Dalam hal ini, siasatan terperinci perlu dibuat ke atas perkara ini. Sekiranya perkara ini benar, kepimpinan DAP perlu bertanggungjawab dan bersedia menghadapi tindakan ROS. Tidak mustahil pemilihan CEC DAP berunsur penipuan kerana budaya penipuan sudah ditanam sejak dulu lagi.

Comments