BUAL BICARA BERSAMA RAFIZI DI RTM BUKTI KERAJAAN TIDAK 'BIAS', SEBALIKNYA KERAJAAN AZMIN ALI LEBIH 'BIAS' BILA BOIKOT AKHBAR MELAYU BERITA HARIAN & UTUSAN MALAYSIA!


Tindakan Kerajaan PKR Selangor mengarahkan pemberhentian langganan akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan Berita Harian oleh agensi di bawah kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta hari ini menunjukkan sikap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak matang dan kebudak-budakan.

Malah tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mela­rang semua agensi kerajaan ne­geri melanggan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian adalah bertentangan dengan Enakmen Kebebasan Maklumat (Ne­geri Selangor) 2011.

Sebagai sebuah negeri yang mendokong kebebasan maklumat, Azmin Ali sepatutnya tidak menyekat kakitangan awam di negeri ini mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Sangat pelik bagaimana sebuah negeri yang mempunyai enakmen kebebasan maklumat boleh menguatkuasakan lara­ngan yang jelas bertentangan dengan dasar itu. 

Berbeza pula dengan pihak Kerajaan yang menunjukkan sikap terbuka dan tidak bias mereka apabila Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli telah diberi ruang untuk muncul secara langsung dalam program bual bicara yang disiarkan RTM dengan memberi pandangannya dari sudut pihak pembangkang. Rafizi diberi ruang untuk membicarakan isu Felda termasuk membahaskan rancangan Bajet 2018 untuk golongan itu.

Di Selangor, Kerajaan Azmin Ali sangat 'Bias' dan berat sebelah. Larangan ini jelas menunjukkan Azmin Ali takut dengan bayang-bayang sendiri dan takut untuk hadapi realiti sebenar. Ternyata Mohamed Azmin hanya hebat dalam mengharamkan akhbar Melayu, tetapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan usul memperkasa mahkamah syariah. 





Comments