Rakyat yang sayangkan semangat patriotisme di negara ini diseru untuk tidak terpengaruh dengan propaganda yang dijalankan oleh pemimpin Pakatan Harapan.
Larangan untuk melanggan akhbar pro kerajaan Barisan Nasional oleh Azmin Ali baru-baru ini adalah cubaan menyekat kebebasan bersuara yang masih belum ditarik balik oleh kerajaan Malaysia.
Sekiranya kerajaan Malaysia zalim sebagaimana yang diperkatakan oleh pemimpin pembangkang, maka sudah banyak syarikat akhbar dan majalah yang ditutup.
Selama ini sekiranya timbul masalah dan keraguan, pihak KDN hanya akan memanggil pemilik atau editor yang terbabit untuk memberi penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan dalam penulisan mereka. Paling berat pun KDN hanya minta mohon maaf secara terbuka sahaja.
Tapi sekiranya kuasa pengguna digunakan bagi melaksanakan program MEMBOIKOT, JANGAN BELI dan JALAN LANGGAN akhbar Sinar Harian, Selangor Kini dan The Star yang kebanyakan tulisan mereka meragukan dan cenderung kepada pembangkang, mungkin ianya akan memberi kesan yang medalam kepada syarikat tersebut. (RUGI, TIADA PENAJA, GULUNG TIKAR).
Ini terbukti apabila portal di dalam talian iaitu The Malaysian Insider pernah memberhentikan pengoperasian mereka kerana tidak mendapat sambutan dan tiada penaja yang berminat untuk memberi tajaan. Ini berikutan kekurangan pembaca melawat portal mereka dan menyebabkan mereka kerugian dan akhirnya gulung tikar.
Kita perlu yakin dan istiqamah dalam melancarkan program BOIKOT akhbar pro pembangkang ini sepertimana kita pernah melancarkan program boikot barangan atau produk yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Israel di Malaysia.

Comments
Post a Comment