BOBOI MUKHRIZ INGAT DAP DAN PAKATAN HARAPAN NAK BAGI KERUSI MEREKA KEPADA PPBM PRU 14 NANTI? KALAU NAK BAGI PUN BANYAK PERKARA YANG KAMU KENA GADAIKAN



Boboi Mukhriz terpaksa menggunakan apa jua cara sehingga menyembah misai ke tanah kepada pemilik asal tempar yang perlu ditandingi mereka sama ada DAP, PKR dan lain-lain parti dalam Pakatan Harapan. Bukan itu sahaja malahan mood pengundi juga perlu diambil kira. Perlu diingatkan adakah ''taukeh besar;; Pakatan Harapan iaitu DAP tidak mahukan habuan untuk memberikan ruang kepada BERSATU? 

Pada PRU 14 nanti, DAP adalah penentu segalanya buat parti yang ada di dalam Pakatan Harapan. Apabila sebut sahaja kisah Mahathir, kebanyakan penyokong Pakatan Harapan iaitu daripada PAN, DAP dan PKR kebanyakannya bersentimenkan Anti Mahathir dengan menggelarkan Mahathir sebagai Mahafiraun, Pemimpin Diktator dan Mahazalim. Ini menambahkan lagi kesukaran BERSATU untuk meraih undian dan sokongan mereka walaupun matlamat mereka sama sahaja. Kerana mereka tahu Mahathir banyak agenda di belakang tabir yang akan merosakkan Pakatan Harapan itu sendiri.

Permintaan PPBM untuk dapatkan sebanyak 60 kerusi Parlimen berbanding 222 kerusi adalah amat keterlaluan bagi sebuah parti yang baru bersama Pakatan Pembangkang. Jelas sekali sikap tamak Mahathir dan PPBM yang dahagakan kerusi-kerusi Parlimen menunjukkan mereka langsung tidak menghiraukan perjanjian kerjasama parti komponen dalam Pakatan Harapan. 

PPBM perlu tahu dan beringat di sini bahawa bukan sahaja parti itu yang beria-ria untuk memiliki kerusi-kerusi parlimen yang diinginkan. DAP, PKR dan PAN semestinya mempunyai niat yang sama untuk bertanding kerusi yang banyak. Kalau BOBOI MUKHRIZ mahu 60 kerusi Parlimen, semestinya parti-parti komponen Pakatan Harapan yang lain seperti DAP, PKR, dan PAN juga mahukan kerusi yang sama banyak atau lebih daripada PPBM. 

Persoalannya di sini, sanggupkah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan seperti Wan Azizah, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng menyerahkan kerusi parti mereka kepada PPBM. Pemimpin seperti Kit Siang dan anaknya bukan mudah memberikan kerusi yang ditandingi parti mereka kepada parti lain lebih-lebih lagi parti yang baru bertapak seperti PPBM. 

PKR pula semestinya tidak akan memberi kerusinya kepada PPBM kerana merasakan bahawa PPBM tidak mampu memberi impak kepada kerusi-kerusi milik mereka jika diberi kepada PPBM. Secara kesimpulannya, Pakatan Harapan tidak dapat mencapai kesepakatan dalam mengagihkan kerusi-kerusi Parlimen pada pilihanraya akan datang. Ini kerana pasti ada parti yang tidak akan puas hati dengan agihan kerusi yang dibincangkan nanti.

PPBM sudah menunjukkan tanda-tanda sifat tamak haloba apabila mahu memiliki banyak kerusi Parlimen. Sikap ini lah menunjukkan bahawa PPBM adalah sebuah parti yang berselera besar walaupun baru setahun jagung tapi mempunyai nafsu yang besar.

Comments