BOBOI AKUI GAGAL URUS TADBIR PPBM EKORAN ISU KEGAGALAN MENGADAKAN AGM PARTI


Kegagalan menyelesaikan isu berkaitan struktur organisasi akar umbi khususnya di peringkat cawangan menjadi antara punca Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) parti.

Perkara itu diakui Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Presiden parti itu yang mengesahkan kegagalan menyelesaikan isu berkenaan. Kemelut ini menyebabkan PPBM dalam situasi keliru untuk menentukan siapa yang layak menghadiri AGM terbabit sehingga kini. Ini adalah kerana difahamkan PPBM sehingga kini belum lagi mendaftar cawangannya.

PPBM kini sedang menunggu nombor pendaftaran bagi penubuhan peringkat cawangan daripada ROS. Jika masalah ini tidak diselesaikan, besar kemungkinan PPBM tidak boleh menyertai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) andai kata PPBM gagal mengadakan AGM dalam tempoh ditetapkan.

Namun yang demikian, isu ini sudah dirujuk dan dimaklumkan kepada ROS dan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh. PPBM ketika ini menunggu keputusan ROS sama ada perlu menganjurkan AGM di peringkat cawangan terlebih dahulu sebelum disusuli peringkat bahagian. Jelas sekali, isu ini telah menjejaskan krediliti PPBM dan pemimpinnya. Walaupun sudah setahun ditubuhkan namun itu PPBM masih gagal mendaftarkan cawangannya dan masih tidak dapat mengadakan AGMnya.


Comments