BILA DR MAHATHIR SUDAH BERSAMA DAP, DIA KINI JADI TALIBARUT MELAYU MENYALAHKAN 3 PEMIMPIN ULUNG NEGARA BERHUBUNG ISU ISA


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak faham dan mempersoalkan kenapa beliau terus dipersalahkan kerana menahan ramai orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika zaman pentadbirannya.

Sebagai maklum balas kepada isu ini, Dr Mahathir cuba mengalihkan isu ini dengan menyalahkan pemimpin terdahulu yang telah mengguna pakai akta ini sebelumnya. Dr Mahathir menunjukkan paling kurang seramai 2,000 orang ditahan semasa 13 tahun pemerintahan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Hal yang sama turut berlaku ketika pemerintahan selama enam dan lima tahun bagi Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn yang melibatkan penahanan lebih 2,000 orang. Dengan rasa tidak malu, Dr Mahathir menekankan bahawa beliau yang mentadbir cuma selama 22 tahun, cuma 1200 sahaja yang di tahan.

Dr Mahathir berasa heran dan mempertikai tiada siapa yang marah kepada mereka sebaliknya dirinya yang telah menggunakan penahanan ISA dengan nilai terkecil, menjadi sasaran. Bagaimanapun, Dr Mahathir enggan memohon maaf atas kejadian tersebut menyebut penangkapan itu bukan atas keputusan beliau. 

Pendek kata, sikap Dr Mahathir ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa beliau kini adalah seorang pemimpin yang suka mencari salah orang lain. Perlu diingatkan di sini, ISA digunakan oleh Dr Mahathir sebagai senjata utama untuk mempertahankan pengaruh politiknya, jesteru kebanyakan tahanan-tahanan ISAnya adalah ahli politik. Berbeza pula dengan 3 orang Perdana Menteri terdahulu yang menggunakan ISA untuk mencegah dan menghapuskan pengaruh KOMUNIS!

Comments